Gila shopping online? - ceritaejoy

Gila shopping online?

4:33 PTG

Gila shopping online?|Ini bukan iklan atau promote mana-mana laman web shopping online, ini adalah luahan rasa hati. Hahahaha. Siapa yang cakap lelaki tak suka beli lepas tu blah online? Rasanya, ramai orang yang suka shopping online sekarang ni kan? Ok, entry kali ni, aku gila shopping online. Hehehe.

Shopping online aku tidaklah macam orang perempuan. Kaum perempuan lebih hardcore kalau sebut pasal shopping ni kan? Hahaha. Apa yang aku suka beli ni? Ok, untuk yang pertamanya, aku suka kasut. Aku sangat sukakan kasut. Hinggakan, ada kasut yang aku beli tapi tak pernah dipakai. Hahahaha. Sekadar menjadi koleksi. 

Keduanya aku suka baju. Apa yang menariknya shopping online ini adalah, rekabentuk atau design yang sangat sukar untuk di cari di dunia nyata. Maksud aku dekat shopping mall la. Betul, susah nak jumpa design-design baju yang di jual dekat online ni dekat kedai-kedai baju. Dan oleh yang demikianlah aku lebih suka shopping online ni.

Yang ketiganya, aku suka aksesori. Macam gelang, jam, topi, ha aku suka benda-benda ni. Dan sama jugak, aku suka beli dan jarang pakai. Hehehehe. Wife la antara orang yang paling kuat membebel. Katanya, tiada faedahnya beli jika disimpan sahaja. Ada baiknya beri pada orang lain. Hmm. Yeker?

Apa yang membuatkan aku gila shopping online? Jawapannya, mudah. Ha, mudah, sebab aku cari apa yang aku minat, kemudian berhubung dengan penjual, dan akhirnya bayar. Mudah kan? Kemudian, macam yang aku cakap tadi, banyak design yang sukar di cari di alam nyata. Ada tu, barangan yang dijual, langsung tidak dijual di malaysia. Rare tu!

Tetapi, ada juga keburukan dalam dunia shopping online ni. Kebanyakkan jawapan adalah, peniaga menipu. Ini paling banyak terjadi. Kemudian size tidak sesuai. Aku kerap mengalami keadaan macam ni. Pernah sekali aku order kasut dari luar negara. Aku order size 7, yang sampai size 6. Punyalah kecewa aku time tu, dahla tunggu lama. Hish!

Setiap perkara pun, ada baik dan buruknya kan? Cuma zaman sekarang ni, ramai yang suka perkara mudah. Sama macam shopping online ni. Ada juga aku terfikir, kalaulah semua orang gila shopping online, maka akan senyap sepilah shopping mall tiada orang. Dah semua duk rumah je. Kan? Ish.

You Might Also Like

5 comments

  1. terima kasih atas peringatan...

    btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Done follow back.. Buasir otak? Hehehe. Nama blog menarik!

      Padam
  2. saya pun suka shopping online..tapi lama2 kne kawal sikit..sebab nak belanja kat u..huhu

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email