Dr martens red cherry malaysia. - ceritaejoy

Dr martens red cherry malaysia.

4:02 PTG

Dr martens red cherry malaysia|Dah lama sebenarnya aku mengidam kasut ni. Kalau bukan kerana "harganya", sudah pasti aku dah memilikinya. Tapi itu dulu, kini ianya bukan lagi menjadi masalah. Hehehe. Alhamdulilah, walaupun nilai ringgit menunjukkan kejatuhan, aku masih diberi rezeki berlebihan dan alhamdulilah, memiliki kasut idaman aku ni: Dr martens red cherry.

Sejarah kasut DM dengan aku tidaklah sama dengan sejarah pembuatan kasut ini. Mulanya aku tak pernah tahu pun tentang kasut ini. Ceritanya bermula dengan pergaulan aku dengan rakan-rakan "skinhead". Waktu tu, rakan aku ni, kerap memakai doc mart warna hitam. Kemas je pakaian mereka. Hehehehe. Bermula dari saat itulah, munculnya minat dalam diri aku ni.

Kasut dr martens

Sumber : google.

Kalau dulu, kasut ini lebih banyak dikaitkan dengan mereka dari kalangan "skinhead", tetapi sekarang ia sudah dikomersialkan. Mana-mana pun boleh jumpa. Aku juga sangat pasti, ada di kalangan blogger malaysia yang meminati kasut ini. Kan? Ini di antara contoh-contoh gaya lelaki bersama kasut dr martens.

Kasut dr martens

Kasut dr martens

Kasut dr martens

Amacam? Smart tak? Pada mata aku sangat smart. Hehehe. Aku ada juga buat research tentang gaya pemakaian kasut ini. Dan hampir kebanyakkannya, mengenakan jaket. Samada jeans atau kulit. Ia semacam pelengkap kepada gaya fashion dr martens. Tapi, jika anda seseorang yang pandai bergaya, tak pakai jaket pun, anda masih mampu bergaya. Kan!

Aku asyik letak gambar orang lain je,mana gambar kasut aku? Hahahaha. Ok lah, inilah kasut Dr martens red cherry aku. Lepas ni, kenalah aku cari gaya lelaki malaysia dengan Dr martens red cherry. Bolehlah dijadikan inspirasi kepada gaya aku nanti. Wah. Hehehe.

Kasut dr martens

You Might Also Like

5 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email