Bahasa kamus atau bahasa pasar? - ceritaejoy

Bahasa kamus atau bahasa pasar?

8:45 PG

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Bahasa kamus atau bahasa pasar|Di dalam penulisan umum, dan blog khususnya, penggunaan bahasa adalah suatu perkara yang sangat penting. Ia menjadi point utama di dalam menarik pembaca untuk terus kekal dan kembali membaca. Persoalan sekarang, bahasa apakah yang sesuai digunakan, ataupun, bahasa yang lebih banyak menarik pembaca, adakah bahasa kamus atau bahasa pasar?

Baik. Bahasa kamus merujuk kepada bahasa formal, ataupun bahasa yang sering digunakan untuk tujuan rasmi seperti surat rasmi dll. Bahasa kamus juga tidak menggunakan singkatan. Ianya kelihatan sangat formal ketika dibaca.

Berbeza dengan bahasa pasar. Ia adalah bahasa yang digunakan ketika berbual. Adakalanya, ianya dicipta sendiri oleh si pembicara. Hinggakan ianya boleh dikatakan bahasa baru yang wujud dalam zaman serba moden ini.

Sekali lagi, jenis bahasa yang bagaimana yang mampu menarik pembaca untuk terus kekal di dalam blog anda? Adakah bahasa kamus ataupun bahasa pasar? Ini akan memberi banyak jawapan. Hampir kebanyakkan blog menggunakan bahasa pasar. Ini pada pandangan aku, lebih "rapat" dengan pembaca. Ia juga mudah di "hadam" oleh pembaca. Agak susah mencari mereka yang suka membaca di dalam keadaan formal ( Ini adalah pendapat aku semata, mungkin berbeza dengan pendapat anda).

Olahan ayat menggunakan bahasa pasar juga mampu menimbulkan suasana gembira di hati pembaca. Selingan lawak ringan pada bahasa pasar, seringkali juga menjadi "trademark" pemilik blog. Berbeza dengan penggunaan bahasa kamus. Yang seakan-akan meminta diri pembaca untuk berada di dalam keadaan formal juga. Dalam erti kata mudahnya, tiada kebebasan.

Oleh yang demikian, bahasa pasar sering menjadi pilihan penulis blog. Aku sendiri sering menggunakan bahasa pasar. Kerana pada pandangan aku, aku lebih mudah menulis dan bercerita jika menggunakan bahasa pasar ini. Bagaimana pula dengan pendapat yang lain? Adakah bahasa kamus atau bahasa pasar yang menjadi pilihan?

You Might Also Like

2 comments

  1. untuk blog ikut keselesaan si penulis blog kebiasaannya... majoriti bahasa pasar jarang yang kita nak jumpa bahasa kamus sepenuhnya sebabnya pembaca lebih suka membaca bahasa pasar...melainkan kalau kita adalah wartawan di akhbar...heee....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, betul tu, bahasa pasar lebih mudah di hadam berbanding bahasa kamus. Tapi ada juga saya jumpa blog yang menggunakan bahasa kamus tetapi mudah di faham. Blog otai juga tu. Hehehhe.

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email