Punca perniagaan tidak berjaya. - ceritaejoy

Punca perniagaan tidak berjaya.

6:48 PTG

Punca perniagaan tidak berjaya|ceritaejoy.

Aku bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang perniagaan. Aku juga bukan seorang yang pakar perniagaan. Jadi, siapa aku untuk bercakap mengenai punca perniagaan yang dijalankan tidak berjaya. Aku sebenarnya mencari jawapan dan meluahkan apa yang mata aku lihat. 

Baik, kenapa perniagaan yang dijalankan, tidak berjaya? *Fokus aku adalah pada perniagaan yang tidak berjaya dan terkandas di tengah jalan ya. Aku sentiasa tertanya-tanya. Dan jawapan yang paling utama, yang sering kedengaran adalah, kurangnya ilmu. Tak usah cakap bisnes la, apa pun, kalau tiada ilmu, tak kemana perginya. 

Yang menjadi bualan utama aku adalah, mereka yang sungguh hebat di dalam penghasilan produk, samada yang sedia ada ataupun produk terbaru, yang tak pernah ada pun sebelum ni. Bunyinya dah menunjukkan mereka ini cukup pakar di dalam bidang pernigaan. Tetapi, perniagaan mereka juga tidak berkembang. Apa puncanya? Ini yang selalu buatkan aku tertanya-tanya. 

Kita ambil contoh, perniagaan makanan ya. *Ini adalah pendapat aku ya, mungkin tidak sama dengan pendapat orang lain. Burger yang di hasilkan di bahu-bahu jalan, atau di dalam-dalam kampung, lebih sedap daripada burger yang dihasilkan di sebuah restoran terkenal. Betul. Aku lebih suka makan burger-burger daripada kedai-kedai ini. Tetapi, kenapa perniagaan mereka tidak sangat berjaya dan hanya berada di kawasan itu sahaja? Yang akhirnya membawa kepada penutupan kedai.

Sebaliknya berlaku dengan restoran yang menghasilkan burger tadi. Perniagaan mereka menjadi sangat berjaya. Tak salah kalau aku cakap, burger mereka adalah burger sepanjang zaman. Sejak aku kecil, hinggalah aku dewasa dan mempunyai anak-anak, mereka masih menghasilkan burger yang sama. Kedengaran sangat hebat kan?

Jadi, apakah punca perniagaan tidak berjaya? Produk dah hebat, rasa dah sedap, tapi tak juga berjaya. Kalau nak dibandingkan masakan kedai-kedai biasa dengan hotel-hotel mewah, sedap lagi masakan di kedai-kedai biasa ni, tetapi kenapa perniagaan mereka tak juga berjaya?

Aku pernah terbaca dalam 1 buku. Antara yang aku ingat sampai sekarang adalah, produk menjadi no 2 di dalam perniagaan. Aiks? Dah nama pun bisnes, dah tentulah produk menjadi perkara paling utama. Tetapi kenapa ia menjadi no 2 di dalam perniagaan?

Yang buatkan aku jadi lebih sakit hati adalah, buku tu tak menceritakan langsung apakah perkara paling utama di dalam perniagaan hinggalah aku selesai baca buku tu, barulah dikongsikan apakah perkara paling utama di dalam perniagaan. *Biasalahkan, kita ni malas nak membaca dan mencari ilmu, jadinya, semua perkara nak cepat. Kalau boleh, nak orang beritahu dan ajar terus langkah-langkah menjadi sangat berjaya di dalam perniagaan.

Ok, aku rasa macam dah membebel panjang-panjang pulak. Kesudahannya, takda orang baca pun. Hahahahaha. Apakah perkara paling utama di dalam perniagaan? Inilah punca kenapa perniagaan tidak berjaya. Perkara yang paling utama bukanlah produk tetapi ia adalah bagaimana cara anda niagakan produk anda. 

Ambil contoh perniagaan burger tadi. Bagaimana perniagaan restoran tadi menjadi sangat berjaya. Yang sebenarnya, mereka langsung tidak menjual burger, sebaliknya mereka menjual hartanah. Apa yang mereka lakukan adalah, mereka memastikan pelanggan mereka, boleh menikmati burger mereka walau di mana sahaja mereka berada dan yang lebih hebat lagi, dengan rasa yang sama!

Rasanya itu masih belum hebat lagi, pada mata aku, yang menjadikan mereka lebih hebat adalah, walaupun mereka dah berniaga belas atau puluhan tahun, pekerja yang baru sehari bekerja, mampu menghasilkan burger yang punya rasa yang sama dengan burger yang dihasilkan belas atau puluhan tahun dulu. Hebat bukan?

Ini bermakna, walaupun burger mereka dikatakan hebat, sesiapa sahaja boleh menghasilkannya walaupun pekerja yang baru masuk kerja tu adalah seorang mekanik kereta sebelumnya. Ha. Amacam? Boleh buat?

Inilah rahsia mereka. Kenapa mereka sangat berjaya di dalam perniagaan. Dan inilah punca kenapa perniagaan yang dijalankan tidak berjaya. Kuncinya adalah, jangan sekadar menghasilkan produk, sebaliknya, belajar bagaimana memasarkan produk, siapa target pelanggan, masalah pelanggan yang bagaimana yang kita selesaikan, dan kesenangan pelanggan di dalam mendapatkan produk kita walau di mana mereka berada.

Benar, 90% punca rezeki adalah daripada perniagaan, dan semua orang ingin menjalankan perniagaan. Tetapi ianya tidak semudah kata-kata. 90% itu melambangkan usaha dan bakinya adalah kejayaan yang bakal anda kecapi. Hehehehe.

Haffizul iskandar.

You Might Also Like

1 comments

  1. Nice sharing ejoy..kena rajin usaha klau nk berjaya .

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email