Peluang hanya sekali. - ceritaejoy

Peluang hanya sekali.

10:46 PG

Peluang hanya sekali|ceritaejoy.

Peluang hanya datang sekali. Itu je yang mampu aku cakap. Sebabnya, dah banyak kali aku berhadapan dengan situasi semacam ini. Bila dikenang balik, betul-betul menyesal, kenapalah aku tak gunakan peluang yang ada, dan hanya biarkan ia berlalu macam tu je.

Jenis aku pulak, fikirnya lambat sangat. Dah beberapa hari lepas, barulah nak fikir, waktu kejadian, taknak fikir pulak kan? Inilah antara kelemahan yang perlu aku perbaiki di dalam diri aku. Berfikir secara pantas dan menghasilkan keputusan yang terbaik.

Apa yang ceritaejoy cuba kongsikan harini adalah, peluang terhebat untuk mengubah kehidupan, yang hanya datang sekali je dalam hidup aku. Kadang-kadang aku tak perasan pun, bila dah lama berlalu, barulah nak fikir, aduh, kenapalah aku tak gunakan masa yang ada tu betul-betul.

Siapa pernah rasa buat duit lebih dari RM2000 dalam masa setengah hari je? Tak usah cakap dengan orang-orang bisnes la, ini cerita orang tak buat bisnes. Lepas tu, cara nak buat tu, tersangat la mudah. Ha, nampak macam menipu je kan? Tapi inilah hakikatnya yang terjadi kepada aku.

Malangnya, peluang yang datang hanya sekali ni, aku tak gunakan sebaik mungkin. Aku biarkan je ianya berlalu macam tu. Macam yang aku ada cakap tadi, bila dah lama sangat berlalu, barulah aku nak duduk dan berfikir sedalam-dalamnya. Waktu macam ni baru nak fikir, nak buat apa kan? Adoi.

Yang buatkan ianya jadi lebih teruk, bila aku dah dapat duit, tapi aku tak gunakan duit tu untuk dapatkan lebih banyak duit. Sebaliknya, aku enjoy, beli apa yang aku nak. Dapat dalam masa yang singkat, nak habiskan, lagi singkat masa yang aku guna. Ish. Ish. Ish.

Aku anggap ianya adalah pengalaman di dalam hidup aku. Orang cakap, kalau kita menghadapi sesuatu masalah, dan kita berusaha untuk tidak berhadapan dengan masalah yang sama, kita adalah manusia yang berjaya. Sebaliknya, jika kita berhadapan dengan masalah, dan kembali berhadapan dengan masalah yang sama, tanpa ada usaha untuk berubah, maka kita adalah manusia yang gagal.

Peluang hanya datang sekali. Kalau kita tak betul-betul menggunakan peluang yang ada, tak mungkin kita akan berhadapan dengannya lagi. Jadi, aku berpesan kepada diri aku sendiri, buka mata, dan cuba melihat sesuatu di balik pintu, jangan hanya tahu ambil kunci dan buka.

" Tak perlu ubah dunia, tapi ubah cara kita melihat dunia"

Haffizul iskandar.

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email