Kurang tidur sebab jaga anak. - ceritaejoy

Kurang tidur sebab jaga anak.

1:28 PTG

Kurang tidur sebab jaga anak|Entry ini seharusnya aku tujukan khas buat isteri dan kaum-kaum ibu di luar sana. *luar mana eh? Sebabnya, mereka yang lebih penat menjaga bayi/anak jika dibandingkan dengan kaum suami. Sebenarnya, ada juga suami yang bersama-sama menjaga anak mereka, cuma peratus itu mungkin sedikit kurang.

Ok. Kurang tidur sebab jaga anak. Naluri sang ibu ni terlalu kuat kan? Mereka hanya tidur-tidur ayam *kenapa mesti ayam? bukan itik ke, angsa ke? berbanding suami. Aku tujukan ini untuk diri aku. Mungkin ada segelitir yang sama. Aku hanya bangun bila dikejutkan oleh isteri aku. Sebabnya nak tolong buatkan susu untuk bayi kami. Kenapa guna susu formula dan bukannya susu badan? Ada aku ceritakan di sini: Bayi kejang.

Disebabkan kerap dikejut, tidurnya pasti terganggukan? Aku bangun 1-2 jam sekali untuk sediakan susu untuk anak aku. Untuk bangun bersiap ke tempat kerja pula dalam jam 0600 , jadi, bila wife kejut jam 0545. Sudah pastilah tak boleh sambung tidur kan? Alang-alang dah bangun, terus bersiap jelah.

Bila kat tempat kerja, apa lagi, tersenguk-senguklah aku kat meja. Alhamdulilah, ruang kerja aku sangat selesa. Apa lagi, bertambah-tambah mengantuklah aku dibuatnya. Ini, kalau aku bentang toto bawah meja ni, mau petang kang aku bangun. Hahahaha. Selamat ada rakan-rakan berbual. Diarang ni pulak masuk air. Tergelak je aku dibuatnya. Kuranglah rasa mengantuk tu.

Aku memang respek habislah dengan kaum ibu ni. Malam kurang tidur sebab jaga anak. siang sambung lagi jaga anak + kerja-kerja rumah. Malam sambung lagi jaga anak. Macam-macamlah kena jaga. Kadang-kadang diri sendiri tak terjaga sampaikan kadang-kadang tu bibik lagi cantik dari isteri sendiri. Hehehe. *jangan marah ye sayang.

Alhamdulilah, aku dikurniakan isteri dan anak-anak yang hebat! Alhamdulilah juga dikurniakan keluarga yang best. Alhamdulilah.

*yang bab letak toto bawah meja tadi, kalau aku letak betul-betul, agak-agak ada orang perasan tak aku hilang kat office untuk tempoh yang lama?

You Might Also Like

4 comments

  1. inilah sebabnya kenapa seorng isteri + ibu tidak sempat uruskan diri sendiri..apa taknya, nak tengok cermin pon tak sempat..hehe

    BalasPadam
  2. Betul tu, tapi kena jaga juga penampilan diri pada suami. Penting tu..:)

    BalasPadam
  3. hamboi!bibik lg cntik dari isteri...hehehehe..terasa sgt nih.huhuhuhu..nasib xde bibik kt rmh..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email