Kisah Melayu Lama. - ceritaejoy

Kisah Melayu Lama.

4:25 PTG

Kisah Melayu Lama|Leka aku dibuatnya bila mula membaca cerita-cerita melayu lama. Aku memang sukakan cerita yang semacam ini, cerita yang dikatakan tidak logik pada kebanyakkan melayu moden. Aku tidaklah tua sangat pun, tetapi disebabkan aku dibesarkan dengan cerita dan ilmu melayu lama, makanya, minda aku turut serta di dalam perkembangan kisah melayu lama ni.

Mulanya cerita, aku ke blog hasrul hassan, niatnya nak mencari tips blog dan ilmu SEO, tapi tah macamana aku terbaca entri ini: Waris sebenar kesultanan melayu perak. Aku yang memang minat kisah melayu lama ni, apa lagi, terbuailah dengan cerita-cerita yang dikongsikan. Selepas habis baca entri dekat blog otai SEO Malaysia ni, aku sambung lagi mencari kisah-kisah yang berkaitan.

Ada 2 atau 3 blog yang menceritakan atau mengaitkan raja-raja melayu dengan golongan jin. Ini aku tak pasti kebenarannya, tetapi hakikatnya, golongan jin itu benar-benar wujud. Tetapi menurut cerita mereka *jangan terlalu percaya ya, Raja yang benar-benar berketurunan raja kebiasaannya akan di dampingi jin. Dan disitulah "daulat" mereka. Untuk mendapatkan kepastian, silalah cari dan baca dengan rakan-rakan blogger malaysia yang berkongsikan cerita ini ya.

Aku berasal daripada utara tanah air. Sewaktu aku kecil, keluarga aku ada menceritakan perihal muzik istana yang di panggil Gendang Nobat. Ceritanya, gendang nobat itu *pada zaman melayu lama, diperbuat daripada kulit wanita yang mengandung anak pertama. Ok. Korang percaya tak cerita ni?

Jadi, bila digunakan bahan semacam itu dan diketuk pula untuk menghasilkan bunyi, sudah pasti akan ada "sesuatu" yang mendiami alatan muzik tu. Dan atas sebab itulah, ianya hanya boleh dimainkan oleh golongan tertentu dan pada masa-masa tertentu. Bunyinya macam seram kan?

Kisah melayu lama ni, kalau kita baca balik, kadang-kadang memang tak masuk akal. Ada perkara yang aku boleh percaya dan ada perkara yang aku susah nak percaya *sebab aku belum nampak dengan mata aku sendiri. Tetapi kata orang-orang tua di kampung aku, ianya benar-benar terjadi.

Pernah tengok filem puteri gunung ledang? Ada 1 babak yang mana waktu hang tuah nak panjat gunung nak jumpa dengan puteri gunung ledang, waktu tu akar-akar pokok menjalar dengan laju, dan ada babak parang terbang. Ok, siapa percaya dengan cerita tu? *termasuk aku. Sila angkat tangan. *macam nampak je kan kalau angkat tangan. Hehehehehe.

Kenapa aku percaya? Sebab aku pernah tengok parang tu. Ada seorang rakan ayah aku yang tunjukkan. Berbalut kain kuning. *kenapa kena balut kain kuning? Itu yang menjadi persoalan aku sampai sekarang. Aku nampak parang tu berbungkus dan bergerak je yer. Pakcik tu tanya aku, nak tengok dia terbang tak, disebabkan aku kecik waktu tu, confirmlah aku taknak kan? Erks.

Banyak lagi kisah melayu lama yang kalau kita cari-cari, dan aku cerita-cerita, bunyinya macam tak logik tetapi benar-benar berlaku. Ia mungkin anugerah Allah atau ada kata-kata dari rakan-rakan lain, ianya adalah permainan jin, bagi menyesatkan manusia. Apapun, ianya terpulang kepada diri anda semuanya. Wallahualam.

Haffizul Iskandar

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email