Hilangnya perikemanusiaan. - ceritaejoy

Hilangnya perikemanusiaan.

9:31 PG

Hilangnya perikemanusiaan|Dunia semakin maju, juga semakin tua. Pemikiran manusia kini, agaknya sudah sampai ke tahap tertinggi, yang mana tidak mampu lagi berfikir secara elok. Entah apa yang mereka fikirkan. Kemana hilangnya perikemanusiaan? Kemana?

Berita malam tadi, perihal mayat bayi dikerat 15, dengar sahaja dah cukup membuatkan kita merasa, mereka yang melakukannya sudah pasti tidak mempunyai perasaan, ataupun mereka berada di dalam keadaan terdesak. Aku tak pasti. Sungguh tak pasti, apakah perasaan orang yang melakukan perbuatan tu. Pelik! Dia ingat dia potong ayam ke? 

Apa yang aku fikirkan adalah, si pelaku mungkin berniat untuk membuang anggota tubuh yang dipotong itu satu persatu kedalam sungai. Ini bertujuan untuk menghilangkan bukti. Tetapi Allah maha berkuasa. Dia menghimpunkan kembali anggota itu di satu ruang dan ditemui orang. Bukti kekuasaan Allah.

Itu dah nasib bayi malang itu, yang menjadi persoalannya sekarang adalah, dimana perikemanusiaan manusia?? Hilang kemana?? Apakah manusia sekarang sudah hilang sama sekali perasaan itu? Tak usah fokus pada kisah bayi malang inilah, cuba lihat kepada seluruh dunia, apa yang sebenarnya sudah berlaku? Apakah nilai nyawa manusia kini semakin murah?? Manusia dijual layaknya haiwan di pasar. Apa yang sebenarnya sudah berlaku?

Berita pembunuhan di sana sini. Yang adil dihukum, yang kejam diangkat menjadi pemimpin. Apa yang sebenarnya sudah berlaku? Kekacauan di sana sini. Apakah ini zamannya, zaman dimana hilangnya perikemanusiaan manusia. Zaman yang dikatakan menyamai suatu zaman lampau?

Apa perasaan mereka ya? Apa yang mereka rasa ketika melakukan perkara semacam tu? Tengok kucing kena langgar, terketik-ketik sebelum mati, itu pun dah cukup menakutkan, inikan pula manusia yang mampu berkata-kata?? Woi, mana hilangnya perikemanusiaan?

Mereka yang di bawah usia. Ya! Di bawah usia kini sudah pandai mengambil nyawa manusia. Apa yang ingin dibuktikan oleh mereka?? Apa pula bentuk hukuman yang akan dikenakan?? Pemikiran baru melonjak naik, tetapi kematian manusia sudah ada di dalam minda mereka. 

Aku semakin takut dengan keadaan dunia sekarang. Manusia dah hilang rasa simpati. Kalau kena dekat keluarga sendiri, tahu pula mereka marah. Buat dengan orang lain? Orang lain takda rasa marah? Semoga Allah melindungi kita dari segala macam perkara yang tidak kita ingini. Kerana manusia kini sudah hilang perikemanusiaan.


Haffizul Iskandar

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email