Blogger sepenuh masa. - ceritaejoy

Blogger sepenuh masa.

2:31 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Blogger sepenuh masa|Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa? Seronok atau tidak menjadi blogger sepenuh masa? Apakah benar dengan menjadi seorang blogger sepenuh masa, kehidupan mereka sangat menyenangkan, menghabiskan masa bersama anak-anak dan isteri di rumah, bercuti kemana sahaja yang mereka inginkan, melakukan hobi mereka, dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, perkara-perkara ini sering bermain di dalam minda aku. Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa. Rasanya, bukan aku je, ramai lagi yang inginkan kehidupan seperti ini. Kehidupan yang tidak terikat dengan jam bekerja. Dapat lihat anak membesar di depan mata. Bercuti kemana sahaja yang di inginkan tanpa perlu memikirkan cuti samada diluluskan atau tidak. Ini yang ramai orang inginkan, tapi tak semua mampu dapatkannya.


Jana pendapatan dengan blog.

Blogger sepenuh masa memperolehi pendapatan dengan blog mereka. Ianya datang daripada ruangan iklan yang boleh di sewa di blog mereka. Sumber pendapatan mereka juga melalui iklan yang ada di blog mereka (Iklan yang dibayar melalui klik), pendapatan mereka juga datang daripada penjualan produk. Tak aku nafikan, blog juga mampu memberikan pendapatan yang lumayan jika pemilik blog pandai mengaplikasikan blog mereka. 

Dengar macam mudah bukan? Ianya tidak semudah seperti yang di jangka. Untuk menjadi seperti ini, blog haruslah kukuh dari segi nama dan traffic. Pendek kata, lagi ramai orang yang singgah ke blog, maka peluang untuk memperolehi pendapatan melalui blog adalah tinggi.

Perlu bekerja lebih keras?

Ini juga menjadi persoalan kepada aku. Mereka yang kerja makan gaji, masuk kerja pagi, petang habis kerja, hujung bulan ambil gaji. Bagaimana pula dengan kehidupan blogger sepenuh masa ni? Aku menjangkakan, mereka perlu bekerja lebih keras daripada biasa. Bukan mudah mencari pengiklan dan pembeli. Maka mereka perlu bekerja lebih keras. Itu yang aku fikirkan.


Ini bermakna kebebasan hidup sebagai blogger sepenuh masa tidaklah seronok seperti yang dijangka. Mesti ada banyak perkara yang perlu mereka fikirkan. Bagaimana untuk terus mendapatkan pendapatan melalui blog.

Adakah pendapatan mereka terjamin?

Soalan aku, sampai bila atau adakah sumber pendapatan itu terjamin berterusan? Aku buat perbandingan dengan mereka yang menjadikan blog sebagai pendapatan sampingan. Yang mana, mereka ini mempunyai pekerjaan yang tetap. Sumber kewangan mereka pasti ada setiap bulan. Berbanding dengan blogger sepenuh masa, mereka perlu bekerja keras untuk memastikan pendapatan mereka sentiasa berterusan.

Ada juga aku terfikir, kalaulah 1 hari nanti, dah takda orang yang berminat nak beriklan. Atau dah takda orang yang nak singgah ke blog, bagaimana sumber kewangan mereka ketika itu? Dah tentu sumber kewangan mereka datangnya daripada blog kan?

Ramai blogger sepenuh masa.

Sebenarnya, ramai blogger sepenuh masa kat malaysia ni. Antara yang aku kenal, ben ashaari dan Hasrul hassan. Mereka ini sudah terbukti berjaya menjadi blogger sepenuh masa. Sebenarnya ramai lagi blogger malaysia yang berjaya, cuma ini yang dijadikan contoh. Aku jika diberikan kesempatan, nak juga aku tanyakan perihal perkara ini kepada mereka. Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa, bagaimana kepayahan mengekalkan sumber pendapatan, dan adakah kebebasan kehidupan itu amat menyeronokkan?

Apa pun, tepuk dada tanya selera. Anda berhak membuat keputusan untuk kehidupan anda. Jika aku, aku memilih untuk menjadi blogger separuh masa dan menumpukan perhatian kepada perniagaan aku. InsyaAllah. Semoga ianya menjadi suatu perniagaan yang besar dan berjaya. Amin.

Haffizul Iskandar

You Might Also Like

1 comments

  1. memang best jadi blogger sepenuh masa..ada masa dalam kawalan tangan sendiri..nak solat waktu secara berjemaah di masjid pun mudah..tak de bos nak marah

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email