Bank lintah penghisap darah! - ceritaejoy

Bank lintah penghisap darah!

8:59 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku dah lama tak bukak akaun bayaran rumah aku melalui atas talian. Tapi, pagi tadi, tergerak pula nak check. Mulanya takda rasa apa pun, tapi bila aku bukak bahagian pinjaman perumahan, mak datok. Huhuhuhu, patutlah orang cakap bank ni bank lintah penghisap darah.

Mulanya,  aku sendiri pun tak percaya, tapi bila dah kena, hamik ko, menyesal tak sudah la. Inilah akibatnya kalau kita takda ilmu dan malas nak mencari ilmu. Bila dah terkena, nak menyesal buat apa lagi kan? Salah aku, adalah tak survey dulu mana yang terbaik, sebabnya, matlamat utama aku adalah memiliki sebuah rumah sendiri.

Rumah yang aku duduki sekarang, adalah rumah teres bahagian tengah dan bukannya corner lot, tetapi bayaran rumah aku adalah bayaran rumah corner lot! Huhuhuhu, betul la bank ni bank lintah penghisap darah peminjam. Dengan segala macam cukai yang kena bayar sekarang ni, di tambah pula dengan bayaran yang semakin meningkat, aduh, parah!

Rumah yang aku diami sekarang, tak cukup setahun lagi, banyak lagi barang-barang yang belum masuk. Kalau orang datang rumah aku, mesti orang ingat rumah sewa. Tapi, bayaran rumah tinggi tak hingat! Macam melampau pulak aku rasa.

Aku baru nak rasa senang sikit, bila bayaran kereta aku dah semakin kecil jumlahnya dan akan tamat tak lama lagi. Ada la planing nak memiliki sebuah motosikal idaman, tapi bila terbaca dekat bahagian pinjaman tadi, motosikal yang dok terbayang-bayang dalam minda aku selama ni, terus hilang macam tu je. Huh! Dasar bank lintah penghisap darah. 

Mana-mana rakan aku yang nak beli rumah, semuanya aku nasihatkan, janganlah buat pinjaman dengan bank yang aku dah kena ni. Kalau tak, mereka juga akan alami nasib yang sama dengan aku. Dan kalau mereka ada blog, mereka juga akan kongsikan cerita yang sama dengan aku.

Haffizul Iskandar

You Might Also Like

3 comments

  1. sebenarnya kannn...mana-mana bank pun sama jer...tapi ada satu bank ni, memang lintah darat betul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaa, bank apa tu eh? Nak juga tahu..

      Padam
  2. Huhu bank apa tuu tak yah sorok2 kongsi jer huhuhu

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email