Anak Kerap Tersedak Susu. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Anak Kerap Tersedak Susu.

Anak Kerap Tersedak Susu|bayi tersedak susu|ceritaejoy.

Aku pernah alaminya dulu, dan kini aku dan isteri alaminya semula. Bayi tersedak susu ni macam 1 perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibubapa. Tetapi, untuk anak kami yang kedua ni, kerap pulak tersedak susu. Dan sudah tentu, perhatian yang lebih perlu diberikan kepada anak kedua kami ni.

Anak kedua aku, baru berusia 22 hari. Dan boleh dikatakan kerap juga tersedak susu. Kita yang memang kerap memerhati ni, boleh jadi tak tentu arah dibuatnya. Kadang-kadang, termarah juga wife aku sebab tak memberi perhatian yang sepenuhnya pada anak kami ni. Tapi, marah tu sekejap jelah.

Bukan tak sendawakan bayi lepas dia menyusu. Kadang lebih dari sekali bayi kami sendawa. Tapi tetap juga kadang-kadang tu, dia muntahkan susu. Ada juga yang sampai masuk dalam lubang hidung, bila berlaku hal semacam ni, dah tentulah kita sebagai ibubapa akan menjadi sangat risau, kan?

Bila terlalu kerap bayi tersedak susu ni, wife aku dah jadi sedikit takut. Nak buat kerja lain pun dah susah. Diberinya sepenuh perhatian kepada bayi kami. Bila berlaku hal semacam ini, anak pertama akan mendapat kurang perhatian. Hmm. Bukan mudah menjadi seorang isteri dan ibu kan?

Aku ada buat bacaan di blog rakan-rakan blogger malaysia. Antara yang betul-betul menangkap di dalam fikiran aku adalah, bayi terlalu kenyang dengan susu. Ish, bila aku terbaca macam tu, dah jadi macam nak suruh wife aku kurangkan beri susu pada bayi kami. Tapi, dah dia lapar, takkan nak biar dia menangis je kan? 

Atau bayi kami nak puting susu? Argh! Tidak! Aku terkesan dengan cerita, jika beri anak hisap puting, nanti giginya akan kedepan sedikit. Hmm. Yeker? Tak boleh, tak boleh. 

Kena ada cara yang betul untuk elakkan anak kerap tersedak susu ni. Kalau sebelum ni, bayi kami baring dengan kepala sedikit rendah, tetapi selepas dari kes kerap sangat tersedak ni, kami tinggikan sedikit kepala bayi kami. 

Kemudian, tidurnya dalam keadaan mengiring, sebabnya, kalau bayi tersedak susu, susu tu akan terus jatuh kebawah dan tidak masuk kembali ke dalam mulut atau ke dalam rongga hidung, yang sudah pasti akan memberi kesan yang lebih teruk. *Semoga Allah menjauhkan perkara ini dari berlaku kepada bayi kami.

Menjaga anak kecil ni, benar-benar memberi kita kesan yang mendalam. Tidur tak boleh lena. Kadang-kadang terpaksa berlapar hanya untuk memberi perhatian kepada anak-anak. Tetapi ianya terbalas dengan senyuman dan keriangan anak-anak. Indahnya kejadian ciptaan yang maha esa. Alhamdulilah.

Haffizul Iskandar.
loading...

3 ulasan:

  1. bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. jadi kaum suami perlu hargai isteri :)

    BalasPadam
  2. Tersedak yg biasa2 blh tahan lagi tapi klau tersedak masa kita tak sedar tu blh jadi bahaya ejoy..tahniah dpt baby baru..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com