Amaran kepada pesalah trafik. - ceritaejoy

Amaran kepada pesalah trafik.

3:05 PTG

Amaran kepada pesalah trafik|Sila lansaikan saman anda dengan segera jika tidak mahu diburu oleh pihak polis. Aku dan blog ceritaejoy sebenarnya tiada kaitan dengan mana-mana anggota atau pihak polis malaysia. Tetapi, aku sekadar mengingatkan sahaja.

Semalam, seramai 20 orang pekerja di syarikat tempat aku bekerja sekarang, dibawa ke balai polis kerana mempunyai waran tangkap. Ada di antara mereka yang tidak melangsaikan saman untuk tempoh masa yang lama. Ada juga aku terbaca di laman sosial, pihak polis menjalankan sekatan jalan raya untuk mencari pesalah-pesalah trafik yang tidak melangsaikan bayaran saman mereka. 

Atas sebab itulah, ramai rakan-rakan aku yang "kepanasan". Semuanya terburu-buru periksa saman mereka, samada melalui SMS ataupun melalui MYEG. Keputusan yang mereka perolehi adalah sangat-sangat memeranjatkan!

Ada sejumlah saman yang mereka sendiri tidak tahu. Saman bertarikh 2012! Ini bermakna dah 3 tahun berlalu! Hmm, itu aku pelik. Dah 3 tahun berlalu, macamana mereka tak tahu? Ini bukan kes yang sama macam kes viral sebelum ni ya, yang mana saman berderet tapi masih mampu untuk hidupkan cukai jalan.

Bila aku tanya, takkan tak perasan ada saman, jawapan mereka semua sama. Langsung tak perasan! Sebabnya mudah je, ia bukanlah saman "tandatangan" sebaliknya saman kamera. Oleh sebab itulah ramai yang tidak tahu, mereka mempunyai saman trafik. Saman kamera? Hmm.

Kini, pihak polis telah memberi amaran kepada pesalah trafik. Pihak polis juga sedang memburu mereka yang mempunyai waran tangkap atas kesalahan trafik. Oleh yang demikian, rajin-rajinkanlah diri anda untuk periksa saman samada melalui SMS atau melalui MYEG. Kalau anda berada di pihak yang benar, kenapa perlu takut kan? Kalau anda dalam golongan yang mengikut peraturan, kenapa perlu takut kan?

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email