7 Tips Penulisan Terbaik. - ceritaejoy

7 Tips Penulisan Terbaik.

3:50 PTG

7 Tips Penulisan Terbaik|rahsia menulis entri berkualiti|ceritaejoy.

Lama pulak rasanya tak kongsikan tips blog kat blog ceritaejoy ni. Sebenarnya, ia sekadar bacaan kat ebook je, tapi apa salahnya kalau nak kongsikan kat sini kan? Jom baca 7 Tips Penulisan Terbaik.

7 Tips Penulisan Terbaik.

1. Rangka apa yang ingin kita katakan sebelum mula menulis.

Ambil sehelai kertas atau buka notepad, dan mula merangka penulisan anda. Apa sahaja idea yang ada, tulis/taipkan dahulu. Ia semacam "keywords" kepada penulisan anda.

2. Cipta tajuk yang hebat.

Ia adalah rahsia kepada kejayaan blogger malaysia yang berjaya di dalam dunia blog. Tajuk yang hebat adalah senjata utama kepada penulisan anda. Tajuk yang hebat mampu menarik pembaca untuk teruskan bacaan mereka. Penulis yang baik, pasti ada kelebihan di dalam menghasilkan tajuk yang hebat.

3. Tulis cerita yang pertama dahulu tanpa perlu ada kerisauan kepada susunan ayat atau cerita.

Ini antara kesukaran di dalam menghasilkan penulisan terbaik. Apa kata anda tulis dahulu cerita anda sehingga habis. Selesai sahaja penulisan anda, baca semula dan susun ayat atau cerita ada supaya ia menjadi lebih sempurna

4. Selesai menulis, tulis semula perengan pertama dan terakhir. Kerana ini adalah part yang paling penting.

Perengan pertama dan terakhir adalah kunci kepada penulisan anda. Permulaan penulisan anda perlulah ada elemen pertanyaan di dalam diri pembaca. Apabila wujud elemen ini, pembaca akan menghabiskan bacaan mereka untuk mencari jawapan kepada pertanyaan mereka. Di pengakhiran cerita, anda mestilah menjawab soalan kepada penulisan anda.

Rahsia menulis entri berkualiti.


5. Gunakan ayat pendek sahaja di dalam penulisan. Kerana ianya mudah di hadam pembaca.

Biasakan guna ayat yang pendek di dalam penulisan anda. Bahasa yang ringkas dan mudah di hadam pembaca di antara rahsia menulis entri berkualiti.

6. Juga biasakan menulis di dalam perengan yang pendek. 

Ini adalah suatu perkara yang tidak boleh dinafikan. Apabila pembaca melihat kepada penulisan perengan yang terlalu panjang, wujud perasaan malas di dalam minda mereka. Minda mereka terasa terlalu berat untuk teruskan bacaan.

7. Selesai menulis, baca semula tulisan kita dan betulkan tulisan-tulisan yang salah. Jika sedikit, ia tidak akan menjadi masalah, jika ia terlalu banyak, ia benar-benar menganggu.

Kosa kata memainkan peranan yang sangat penting di dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Kesalahan di dalam tulisan adalah gangguan terbesar di dalam penulisan anda. Jadi, sentiasa periksa semula kosa kata di dalam penulisan anda selepas anda selesai menulis.

Ok. Selesai sudah 7 Tips Penulisan Terbaik yang boleh anda praktikkan. Semoga ia dapat membantu anda di dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Haffizul Iskandar.

You Might Also Like

4 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email