Terlalu Memanjakan Anak? - ceritaejoy

Terlalu Memanjakan Anak?

9:47 PG

Terlalu Memanjakan Anak|kesan terlalu memanjakan anak|ceritaejoy.

Aku sendiri tak pasti, apakah aku terlalu memanjakan anak atau ia adalah perkara biasa yang berlaku sewaktu proses pembesaran anak atau perubahan kasih sayang. Perubahan yang aku maksudkan adalah, apabila tumpuan ibubapa perlu dibahagikan kerana sudah menerima cahayamata yang baharu.

Aku baru sahaja menimang cahaya mata kedua, cerita itu ada aku kongsikan di sini : menyambut kelahiran anak kedua.  Jadinya, tumpuan aku dan isteri perlu dibahagikan kepada 2. Kepada anak yang sulung dan yang kedua. Tapi sudah pasti tumpuan akan sedikit lebih kepada anak yang kedua. Ini kerana faktor anak kedua masih kecil dan banyak perkara yang perlu diperhatikan. 

Mungkin atas sebab inilah, anak sulung aku mula menunjukkan reaksi yang bukan dari kebiasaannya. Reaksi yang kadang-kadang terasa melampau di mata aku. Dia mungkin ingin memberitahu yang segala tumpuan harus diberikan kepada beliau seorang sahaja.

Anak sulung aku masih kecil. Baru 2 tahun 4 bulan. Dia masih belum mengerti apa-apa. Jadinya, apabila semua tumpuan diberikan kepada dia sebelum kelahiran anak kedua kami, dan sekarang perlu dibahagikan, ia menjadi tidak keruan. Memperlihatkan perangai semacam protes.

Aku tak salahkan anak sulung aku. Ia mungkin juga salah aku. Salah aku kerana terlalu memanjakan anak aku. Dan sekarang aku menerima kesannya. 

Apabila tumpuan aku beralih kepada 2, kepada anak yang sulung dan kepada anak yang kedua, aku sedikit, sedikit berkurang memanjakan anak sulung aku. Kalau sebelum ini, aku selalu melayan kehendak anak sulung aku, sekarang dah tak boleh. Sebabnya, aku perlu juga memberi tumpuan kepada anak kedua aku.

Isteri aku berpantang sendirian di rumah. Waktu siangnya, sudah tentu sangat penat bagi beliau untuk menjaga anak-anak aku. Jadinya, apabila aku pulang bekerja, aku perlu mengantikan tempat beliau. Kalau sebelum ini, aku lebih memberi tumpuan kepada anak sulung aku apabila aku pulang bekerja, sekarang tak lagi, aku perlu memberi tumpuan kepada kerja-kerja rumah dan juga tumpuan kepada anak kedua kami.

Banyak yang perlu diperhatikan pada anak-anak kecil yang baru lahir ni, antaranya, kes tersedak susu. Ini pada aku adalah 1 kes yang sangat berat jika tidak diperhatikan. Jadinya, apabila tumpuan aku lebih kearah itu, sudah pasti tumpuan kepada anak sulung aku sedikit berkurang. Betul tak?

Dan inilah penyebab utama kepada masalah aku sekarang. Apabila anak sulung aku mula menunjukkan protes. Kesan daripada kesilapan aku yang terlalu manjakan anak, atau boleh juga aku cakap, kesan daripada kelahiran anak kedua. 

Aku tidaklah memandang berat perkara ni. Sebabnya mudah sahaja. Ia pada aku bersifat sementara. Kerana apabila anak kedua aku menjangkau ke umur 2 tahun, ianya akan kembali kepada biasa. Back to normal. Aku cuma perlu bersabar, bukan sedikit, tetapi banyak bersabar dengan keadaan ini.

Wujud perasaan hormat yang tinggi kepada ibu-ibu di luar sana. Yang menjaga bukan seorang, bukan 2, malah ada yang lebih dari itu. Juga hormat kepada bapa-bapa yang membantu. Aku mungkin menghadapi sedikit masalah kalau nak dibandingkan mereka yang punya 5 atau 6 atau lebih anak. Fuh, mungkin inilah yang dirasakan kedua ibubapa aku dalam membesarkan 7 orang anak. Respek!!

Haffizul Iskandar.

You Might Also Like

4 comments

  1. benda biasa kot kan, klo ank tnjk protes sbb benda masih baru...ank sy pon nt dia dpt adik masa umo 2y 5m.. harapnye dia pon blh trm lah sb skrg ni pn manja jugak..sbb layan dia sorg je hehe

    BalasPadam
  2. Owh, yeker? Biasa eh? Hehehhe. ha, ok2..:)

    BalasPadam
  3. wah dah ada 2 anak, beznye..tahniah
    mungkin yg anak 2 thn masih lg nak main dgn ayahnya mcm kebiasaan
    teringat kat kakak ipar, anak ramai..semua kerja dia buat...kasut2 sekolah anak2 semua dia berus..yg sekolah menengah 2 org, sekolah rendah 3 orang. sorg pakai 2 kasut dalam seminggu. errr byk giler dicucinya. anak kalau x diajar berdikari pun susah jugak, bukan kes manjakan anak. erm x tau nak explain mcm mana. rasa kesian pun ada gak kat kakak ipar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uish. Ramainya anak. Semua dah besar-besar ek? Mesti penat sangat-sangat kat rumah tu kan? Hmm

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email