Perlu Lebih Profesional - ceritaejoy

Perlu Lebih Profesional

11:26 PG

Perlu lebih profesional|sikap profesional penemuduga|ceritaejoy.

Siapa yang perlu lebih profesional? Mereka yang aku maksudkan adalah penemuduga bagi apa-apa jawatan di dalam sesebuah syarikat. Aku melihat kepada syarikat tempat aku bekerja sekarang. Syarikat lain tak pasti pulak aku, kalau-kalau jadi perkara yang sama.

Baik. Apa yang perlu lebih profesional ni? Dalam bab apa? Jika mengikut pemikiran kecil aku ni, sikap profesional penemuduga adalah "tidak memilih bulu" atau rakan-rakan senegeri sahaja. Mereka perlu mengenepikan segala hal peribadi mereka. Mereka perlu lebih telus dan semestinya bersikap profesional.

Apa yang aku lihat, wakil penemuduga di syarikat aku tidak ada perkara ini. Manakan tidak, 80% pekerja baru adalah berasal dari tempat asal penemuduga. Selebihnya adalah mereka yang dikatakan bernasib baik. Bernasib baik? 

Rasanya, ini bukanlah syarikat persendirian atau syarikat milik sesebuah tempat atau kawasan. Ia sepatutnya perlulah lebih harmoni. Bukankah itu lebih menyeronokkan? Aku bukanlah sesiapa untuk bersuara. Suara aku hanya mampu aku luahkan samada di dalam diri atau di dalam blog ceritaejoy ni.

Bukan aku tidak bersetuju sepenuhnya dengan perkara seperti ini. Kata-kata aku ini berasas jika kita melihat kepada permasalahan yang bakal berlaku atau melihat kepada aspek-aspek lain. Contohnya jika berlaku sesuatu masalah di dalam bahagian penghasilan produk. Sudah tentu akan ada tolak ansur yang sangat besar jika ia melibatkan mereka ini dengan ketua mereka ( si penemuduga). Mungkin juga ia berkaitan dengan cuti tahunan. Yang mana, aku tengok, mereka ini sangat mudah memohon cuti tanpa banyak alasan. 

Ini yang aku maksudkan dengan perlu lebih profesional. Jangan ada langsung sikap berat sebelah di dalam diri semasa waktu kerja. Buang terus sikap tu. Perlu ada layanan sama rata kepada semua pekerja. Kerana semua orang melakukan kerja yang sama. Tiada bezanya bukan? Majikan perlulah lebih adil dan tidak ada sikap "pilih bulu".

Jika kita boleh elakkan sesuatu perkara tu dari awal, apa perlu kita menerima segala macam perkara buruk yang mendatang?

Haffizul Iskandar.

You Might Also Like

1 comments

  1. seperti orang yang ditemuduga, penemuduga juga ada pelbagai ragam...

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email