Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk? - ceritaejoy

Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk?

11:17 PG

Perkhidmatan Hospital Kerajaan.


Semalam, isteri aku ada temujanji di Hospital besar. Ini berkaitan pemeriksaan dan penentuan tarikh untuk bersalin. Bila kita bercerita perihal perkhidmatan hospital kerajaan, boleh dikatakan, ramai yang bercakap yang perkhidmatan hospital kerajaan teruk. Persoalannya sekarang, apakah ianya benar-benar teruk?

Aku datang ke hospital pada jam 0800 dan habis sepenuhnya pada jam 1630! Nampak tak berapa banyak masa yang aku dah habiskan di sana? Mungkin ini yang ramai orang perkatakan mengenai perkhidmatan hospital kerajaan ni.

Dari pemerhatian aku, hospital besar menjadi tumpuan semua penduduk dari pelbagai daerah. Dan pemeriksaan dilakukan pada hari-hari tertentu. Katakan pemeriksaan hanya dilakukan pada hari selasa dan khamis. Jadi, semua orang akan datang pada hari tersebut. Dengan "keadaan" dan "bilangan" doktor yang ada, sudah tentu masa yang di ambil sangat lama!
Lagi satu yang menarik perhatian aku adalah, sistem no panggilan dan cara no di beri kepada pelanggan. Ibu-ibu mengandung ni kan ada buku merah. Buku tersebut perlu diletakkan di dalam bakul yang disediakan. Bila kita datang awal, buku tersebut sudah pasti berada di bawah. Dan ia akan ditimpa dengan buku orang yang baru sampai.

Apabila keadaan seperti ini berlaku, jururawat sudah pasti akan mengambil buku yang paling atas dahulu. Bagaimana pula dengan buku yang paling bawah? Buku orang yang dah lama sampai ni? Mereka seperti diibaratkan datang lambat la. Huh! Dan bila no diberi, ia tidak mengikut turutan. Yang membuat aku tertanya-tanya adalah, no yang diberi ini dari no yang dikitar semula ke? Maksudnya, no yang dia beri pada kita ni, mereka akan ambil balik dan guna semula. Aiks?

Dari sebab itulah, no yang dipaparkan di skrin, akan berterabur dan tidak mengikut susunan. Kan lebih bagus jika no itu digunapakai seperti di bank atau di pejabat pos atau di mana sahaja, yang mengikut no giliran?

Perihal masa perkhidmatan juga menjadi topik utama aku. Yang membawa kepada perkhidmatan hospital kerajaan teruk ni. Berapa lamakah had masa rehat untuk mereka? Macam semalam, aku perlu berjumpa dengan pakar bius. Waktu rehat untuk mereka berakhir jam 1400. Aku sampai jam 1350. Tetapi sehingga jam 1430, langsung tiada pergerakan! Apakah mereka masih berada dalam masa rehat atau masa yang diberikan tidak cukup? 

Dan apabila ada pergerakan, masa panggilan juga akan mengambil yang lama. Bila semua ini berlaku, sudah pasti pelanggan perlu menunggu untuk tempoh masa yang lama! Masa menunggu yang lama ini hanya untuk mendengar penerangan ringkas dari doktor pakar. Apakah?

Sudah sampai masanya hospital kerajaan perlu dirombak. Dari semua aspek. Perlu ada perubahan drastik mengenai perkara ini. Pelanggan semakin bertambah setiap tahun. Tetapi perkhidmatan yang diberikan sama sahaja.

Bukanlah aku mengatakan hospital kerajaan ini teruk 100%. Tidak. Banyak juga kebaikan dan nyawa yang telah mereka selamatkan atas izin Allah. Cumanya, itu bukanlah sebab untuk mereka memberikan perkhidmatan yang pada aku, masih belum mencapai standard yang terbaik. Perlu ada perubahan yang besar di dalam mengubah persepsi masyarakat kepada perkhidmatan hospital kerajaan yang teruk ini.

You Might Also Like

5 comments

  1. Hospital kerajaan ni bukanlah sengaja nak teruk seperti yang disebut-sebutkan oleh orang ramai. Temujanji yang diberikan pada hari-hari tertentu adalah disebabkan kekurangan doktor pada satu-satu tempat tu. Kebanyakan houseman yang ada adalah tidak kekal di sesebuah hospital. Pengambilan doktor yang baru akan mengambil masa yang lama begitu juga dengan pakar yang ada adalah juga tidak mencukupi. Disebabkan itu, temujanji adalah dibuat pada hari-hari tertentu sahaja untuk mengurangkan bebanan staf. Untuk panggilan menunggu, no panggilan sebenarnya tidak menunjukkan turutan kerana staf-staf hospital terpaksa mencari fail rekod pesakit terlebih dahulu yang disimpan di tempat yang selamat yang kebiasaannya berada jauh daripada wad atau klinik. Sekiranya pesakit ada beberapa klinik di hospital yang sama, fail-fail ini akan mengambil masa yang lama sedikit untuk dikesan & diambil. Apabila fail telah sampai di klinik barulah nombor pesakit akan dipanggil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas perkongsian ini.

      1. Perihal pengambilan doktor, adakah ianya mengambil masa bertahun, berbelas atau berpuluh tahun? Mungkin saya bukan orang bijak pandai, saya hanya melihat dengan mata kasar. Rasanya macam ramai pelajar jurusan kedoktoran. Dan di hospital swasta juga ramai doktor. Apakah yang menyebabkan keadaan seperti ini berlaku?

      2. Untuk rekod, perlu difikirkan lokasi yang berdekatan jika staff terpaksa bergerak terlalu jauh untuk mengambil rekod. Sistem simpanan rekod yang terurus juga sangat perlu. Pernah juga saya masuk sekejap ke dalam bilik rekod ni, dari mata saya, perlu ada perubahan di dalam sistem simpanan rekod pesakit. Boleh juga difikirkan simpanan data melalui server computer.

      Kita berada dalam tahun 2015. Satu tahun yang mana semua orang sebut sebagai tahun teknologi tinggi. Kemajuan negara juga menunjukkan peningkatan. Semua rakyat malaysia sedang menunggu tahun 2020 yang dikatakan satu tahun yang hebat! Apakah perkhidmatan ini masih kekal sama?

      Padam
  2. KADANG2 MENUNGGU BOLEH BUAT STRESS...KAN!

    BalasPadam
  3. Saya kebiasaan buat temu janji jam 10pagi dan keatas

    BalasPadam
  4. Kak lya stuju ,, kekadang kan lama benoo duk menunggu kan..sabar jer laaa..ntah apa benda yg dibuat pon kita tatau ..apapon kena byk bersabar laa..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email