Pembeli Tak Tahu Malu! - ceritaejoy

Pembeli Tak Tahu Malu!

9:26 PG

Pembeli online penipu|Pembeli Tak Tahu Malu

Semalam aku ada cerita pasal seorang pembeli online yang terlalu susah nak bayar tetapi sudahpun mengambil tempahan baju kurungnya. Boleh baca kat sini : Pembeli penipu

Aku sebenarnya, tak bersetuju dengan wife aku bila dia buat keputusan untuk bagi dahulu baju kurung tempahan pelanggan ini atas alasan pelanggan ini adalah rakan kepadanya. Wife aku kenal semua ahli keluarga rakan dia ni.

Tapi itulah kan, sebenarnya, kita jangan percaya dengan sesiapa pun. Sebab takut perkara macam ni akan terjadi. Kita ni dah macam peminta sedekah, nak minta duit dari dia ni. Dasar pembeli tak tahu malu!

Aku sampai naik malas nak mesej, untuk tanya bayaran baju kurung tu. Dari ayat pembeli ni, tak macam menunjukkan apa-apa rasa pun. Aii, takde rasa salah kan? Awak tu dah ambil barang, tapi bayaran belum dibuat lagi kak. Mana ada barang free dalam dunia ni.

Alasan paling gempak yang aku terima dari pembeli ni adalah, dia balik kerja lewat, dah pukul 12malam, jadi tak sempat nak transfer duit. Erks. Lepas tu, no akaun yang aku beri tu, tak boleh digunakan. Hahahahahahhahahaha. Ha, gelak panjang aku dibuatnya. Kak, no akaun tu, saya dah gunakan bertahun-tahun lamanya. Dah berapa banyak duit saya bank ambil. Hehehehehe.

Part yang paling aku suka adalah, bila pembeli ni, mesej kasitau, nak baju tempahan dia cepat-cepat sebab dia nak jahit manik. Hahahahha. Baju nak cepat, tapi bayaran lambat. Tempahan 2 baju kurung, tak sampai RM100 pun, pun susah nak bayar.

Yang buat aku rasa sakit hati ialah, bila ada "ayat-ayat" dia yang macam menunjukkan aku ni tak paham bahasa. Sebabnya aku kerap minta bayaran. Siap ada tulisan huruf besar lagi. Uhh, susahnya berhadapan dengan pembeli semacam ini.

Inilah jenis pembeli yang tak tahu malu. Sepatutnya mereka ada rasa bersalah, tapi kita pula yang di salahkan bila kerap minta bayaran. Siap ada nada marah lagi. Hmm, rasanya, inilah yang perlu dihadapi semua peniaga. 

You Might Also Like

10 comments

  1. kesian wife ijoy,tak baik perangai pembeli macam tue.. [sebenarnya, kita jangan percaya dengan sesiapa pun]..memang kadang2 kena ada perasaan sebegini untuk terhindar daripada ditipu atau dianiaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, tak tahu apa perasaan dia. Lepas ni, memang dah tak percaya sesapa dah.

      Padam
  2. kalau boleh suruh dia bayar dulu baru buat baju. aduhai. ciannya yg dah penat2 buat kan. tetiba, pelanggan takbayar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, ini perkara pertama dan terakhir. Terima kasih ya atas nasihat ini. :)

      Padam
  3. sekarang ni pembeli pun penjual kena waspada jugak...ada je pembeli yang menipu sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dulu kena waspada dengan peniaga online je. Hmm

      Padam
  4. macam-macam perangai manusia ni sebenarnya

    makanya, lain kali pastikan dapat duit dulu, barulah beri barangan, tak boleh nak kesian tak boleh nak jadi baik sangat bila berniaga, takut orang pijak kepala... kena tegas...supaya tidak berlaku kejadian sebegini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm, itulah, saya anggap ianya sebagai pengajaran buat saya dan wife.

      Padam
  5. erk? ada jugak org mcm tu??? mmg jenis xtahu malu btl lah.dh la kwn sendiri..adeh

    BalasPadam
  6. kalau ugut nak buat report polis dia takut tak......?

    *eeeee... geram..!!*

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email