Menyambut Kelahiran Anak Kedua. - ceritaejoy

Menyambut Kelahiran Anak Kedua.

11:28 PG

Menyambut Kelahiran Anak Kedua|ceritaejoy.

Alhamdulilah, setelah blog ceritaejoy bercuti hampir seminggu, harini, dapat juga aku update semula blog ini. Alhamdulilah juga, aku dikurniakan anak perempuan. Kiranya sepasanglah anak aku, anak sulung lelaki, anak kedua perempuan. Hehehe. Alhamdulilah. Dan ini, cerita serba sedikit perihal menyambut kelahiran anak kedua aku.

Perasaan aku ketika itu, hari isnin, 20 april 2015, tak sama macam perasaan aku ketika 25 januari 2013, hari jumaat. Mungkin sebab ini anak yang kedua dan ianyanya sudah di rancang. Perancangan yang bagaimana? 

Wife aku memilih kelahiran secara caesarean. Dan doktor memberikan tarikh kepada wife aku. Ini bermakna, aku dah tahu awal-awal bila aku akan dapat anak. Berbeza dengan anak yang pertama, wife aku pecah air ketumban pada awal pagi. Orang cakap, waktu tengah mamai. Jadi semuanya jadi kelam kabut dibuatnya.

Menyambut kelahiran anak kedua aku boleh dikatakan semuanya berada di dalam keadaan terkawal. Semuanya teratur, daripada penjagaan anak sulung hinggalah kepada kemasukkan wife aku ke hospital. Aku juga berada dalam keadaan normal. Hehehhehe.

Cuma, cumanya 1 je yang kurang normal pada aku saat menyambut kelahiran anak kedua kami ni. Aku tak tahu jantina anak aku! Ha! Memang sesuatu yang sedikit luar biasa pada aku bila ada ibubapa yang tidak mengetahui jantina anak mereka (Maaf kalau aku tersilap cakap ya), kerana dalam zaman serba moden ni, semua perkara boleh tahu dengan awal. Macam-macam scan yang ada sekarang ni, macam-macam teknologi yang ada. 

Jadinya, bila anak kedua aku selamat dilahirkan, perkara pertama yang aku nak tahu adalah, apakah jantina anak aku. Haahahahhaha. Alhamdulilah, aku dapat anak perempuan. Aku sebenarnya tak kisah pun jantina anak, tapi kegembiraan itu jelas kelihatan bila aku dapat anak perempuan. Hehehhee.

Sebabnya mudah je, anak sulung lelaki, bila dapat anak kedua perempuan, dah ada sepasang. Perasaan menjaga anak bagi kedua-dua jantina itu ada pada aku dan isteri. Itu yang membuatkan aku bersyukur sangat-sangat.

Di pendekkan cerita, perasaan menyambut kelahiran anak kedua aku, tidaklah seganas perasaan menyambut kelahiran anak pertama. Tetapi yang menariknya adalah, aku tak tahu jantina anak kedua aku. Hehehhe. Itu yang paling menyeronokkan. Kejutan orang cakap. Hehehhe.

Bagaimana perasaan anda pula bila menyambut kelahiran anak anda?

Haffizul iskandar.

You Might Also Like

6 comments

  1. Tahniah dan Alhamdulillah, seronok dapat anak sepasang ni ejoy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Terima kasih. Memang Seronok. Hehehhe

      Padam
  2. tahniah ejoy...anak kite sebaya lah..yg sulong sebaya dan ke dua pon sebaya cumenya lahir bulan lain jelah..sy next baby bulan 9 nanti baru keluar...hehe... Tahniah lagi skali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Terima kasih. Semoga semuanya selamat ya bulan 9 ni. :)

      Padam
  3. tahniah.. selamat berpantang utk wife.. :) jaga wife & baby baik2.. :)
    seronok dgr dah dpt sepasang.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya. Memang seronok dapat sepasang. Alhamdulilah. :)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email