Manusia Lidah Bercabang - ceritaejoy

Manusia Lidah Bercabang

9:44 PG

Manusia Lidah Bercabang|Maksud Lidah Bercabang.

Manusia lidah bercabang adalah bermaksud Manusia yang selalu berubah-ubah percakapannya ataupun seseorang yang mendatangi seseorang dengan percakapan yang baik dan mendatangi orang lain lalu mengatakan keburukan orang itu. Di dalam bahasa mudahnya, depan cakap lain, belakang cakap lain. Jenis manusia yang melaga-lagakan orang, atau menyebabkan perbalahan orang lain dengan kata-kata yang songsang.

Apa kaitannya dengan entry aku kali ini? Aku hampir setiap hari berhadapan dengan manusia semacam ini. Yang mana, ianya berlaku di depan mata aku sendiri. Dan sudah tentu aku tidak akan bersekongkol dengan mereka.

Pernah sekali aku mengulang apa yang dikatakan oleh manusia lidah bercabang ni, kepada orang yang dikatakan, semasa manusia ini ada di tempat yang sama! Boleh korang bayangkan bagaimana rupa keadaan manusia ini ketika itu? Sudah tentu malu bukan? Aku tidak pernah sukakan manusia semacam ini. Kerana mereka mampu merosakkan hubungan manusia, tetapi kita terpaksa menerima hakikat yang mana mereka sememangnya ada di kalangan kita.

Baru pagi tadi, ada kes yang mana majikan aku menjumpai suatu masalah yang sememangnya sudah lama beliau tegur. Semasa berbual dengan rakan-rakan aku, rakan yang terlibat dengan masalah ini, mengatakan hal yang lain. Tetapi bila majikan aku bertanyakan kepadanya, beliau menyalahkan orang lain pula. Kata-kata yang keluar dari mulut dia, sama sekali tidak sama semasa beliau berbual dengan kami. Inilah yang orang cakap manusia lidah bercabang tu.

Tak usah cakap orang lainlah. Aku sendiri pernah kena dengan manusia macam ni. Aku dapat tahu dari rakan aku jugak. Bila aku tiada di office. Perbualan mereka akan ke arah aku. Macam-macam perkataan yang keluar dari mulut mereka. Tetapi bila aku ada di office, perbualan mereka akan beralih arah kepada orang lain. Yang mana orang ini, yang sebelumnya, berbualkan perihal diri aku.

Nampak tak kat situ apa yang berlaku? Depan kita, mereka akan berbualkan hal yang baik. Seperti langsung tidak ada masalah, tetapi di belakang, kita seperti musuh mereka. Golongan manusia semacam inilah yang perlu kita elakkan. Mungkin tidak bagi anda, tetapi YA bagi aku.

Aku sangat memilih siapa rakan aku. Aku melihat dari semua sudut. Memang benar aku bukanlah sesiapa, tetapi aku adalah raja di dalam hidup aku. Aku berhak membuat keputusan dengan siapa aku mahu berkawan. Kerana apa? Kerana aku tidak mahu manusia yang suka bermuka-muka atau lebih tepatnya manusia lidah bercabang ada di kalangan aku. 

Bagaimana rakan-rakan di tempat kerja? Kata pilih kawan? Aku hanya bersama mereka bila ianya diperlukan sahaja. Dalam erti kata lainnya, semasa kerja, haruslah kerja dengan betul, tetapi tidak semasa waktu sosial. Biarlah aku duduk sorang-sorang daripada lepak dengan manusia lidah bercabang ni.

You Might Also Like

5 comments

  1. ish bahaya nye kwn mcm ni...mmg xblh dibuat kwn.

    BalasPadam
  2. biasa laa ag ejoy, manusia macam2 ragam dia. lain org lain ragamnya

    BalasPadam
  3. boleh pilih kawan..berkawan dgn yg baik baik agar kita juga jadi baiktapi dlm masa sama kita jangan cari musuh "kawan boleh cari musuh tolak tepi"

    BalasPadam
  4. Setuju tu,bahaya berkawan dgn org lidah bercabang ni,kena ati2 la,cn pernah jmpa kawan tikam belakang,lg skt ati

    BalasPadam
  5. Kawan seperti ini ada dimana-mana

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email