Kenapa Aku Keluar Dari Group Itu? - ceritaejoy

Kenapa Aku Keluar Dari Group Itu?

2:26 PTG

Kenapa aku keluar dari group itu. Group apa? Ia adalah Group perkongsian mengenai ilmu-ilmu blogspot. Aku rasakan, ia bukan sekadar group biasa, malah lebih dari itu. Segala macam ilmu blog kita boleh belajar dari group tu, tapi kenapa aku still juga keluar?

Bukanlah aku katakan aku ni dah banyak sangat ilmu, tidak. Kalau nak diikutkan, akulah yang paling kurang ilmu dalam tu. Tapi aku tetap juga memilih untuk keluar.

Sebabnya mudah sahaja. Aku tidak mengetepikan diri aku hanya kerana aku perlu mengikut kehendak orang lain. Aku adalah manusia yang mengutamakan keselesaan diri aku barulah diri orang lain. Kena pula ia bukan di dalam bidang kerja aku.

Aku seorang manusia yang tidak suka berada di bawah arahan orang, kecuali di dalam pekerjaan. Terus terang, aku juga memasang niat dan sedang berusaha untuk "pencen" awal dan mempunyai perniagaan sendiri tanpa perlu berada di bawah arahan orang.

Blog adalah satu dunia "persendirian". Blog pada aku adalah dunia kebebasan. Bila aku masuk ke dalam dunia blog, aku merasakan kebebasan. Cumanya, bila aku memilih untuk bersama dengan rakan-rakan blogger malaysia yang lain, aku perlu berada di bawah arahan.

Aku mampu mengikut segala macam arahan yang tidak rumit dan tidak menganggu keselesaan diri aku. Tapi arahan yang diberikan adalah arahan yang memerlukan aku buat 1 perkara yang memang aku sangat jarang dan tidak suka lakukan. Apa perlu aku mengikut walaupun aku sendiri tidak menyukainya?

Sebenarnya bukanlah aku sendiri yang keluar bila mendapat "arahan" seperti itu, dan bukan aku terus memilih untuk keluar dari group tu, tapi aku "dikeluarkan", atas alasan "tidak boleh mengikut arahan mudah".

Jadi, kenapa aku keluar dari group itu? Jawapan aku senang je, apabila aku dikeluarkan dari group dengan alasan "tidak boleh mengikut arahan mudah", aku merasakan ada sesuatu yang tidak profesional di situ. Yelah, perkara simple macam tu pun, kena buang dari group ke? Ini group blog, jadinya jika ianya melibatkan blog, mungkin juga ya, tapi langsung tidak melibatkan blog dan sekadar hiburan semata-mata, itu pun sampai buang orang dari group??

Disini aku nampak kaitan manusia dan kuasa. Bila memiliki kuasa, inilah jadinya. Kenapa perlu buat keputusan dahulu baru diadakan perbincangan? Manusia tidak sama! Siapa yang kata semua manusia tidak sama. Memang benar ianya mudah. Tetapi pada orang lain, bukan pada aku. Apa perlu aku buat 1 perkara yang aku tidak suka hanya untuk memenuhi keinginan orang lain?

Anda buat blog, kena ikut orang lain atau anda buat mengikut kehendak diri anda? Perlu ke anda ketepikan diri anda di dalam melakukan sesuatu perkara? Perkara tu pulak langsung takda kaitan dengan blog anda. Ikutkan aku sayang jugak nak keluar dari group tu, tapi bila aku dikeluarkan dari group tu, hanya kerana perkara yang paling simple, jadinya aku memilih untuk keluar.

Mungkin anda semua buat sekali je dah siap. Tapi aku perlu buat berkali-kali malah berhari-hari hanya untuk dapatkan 1 hasil! Sebabnya aku tak suka perkara tu. Sangat susah untuk aku lakukan perkara yang "simple" tu. Hinggakan aku pernah dipaksa untuk hanya 1 hasil sahaja!!

Jadi inilah jawapan kepada kenapa aku keluar dari group itu. Sebabnya, aku tidak mengenepikan kehendak diri aku. Dan alasan yang diberikan cukup membuatkan aku fikir, ada yang tidak profesional disitu. Ia tidak berkaitan dengan blog lansung. Ia sekadar hiburan anda semata-mata.


You Might Also Like

7 comments

  1. hi ejoy.. apa pun just be yourself.. kalau bukan kita jd diri kita siapa lagi kan... keep in touch k. Kak eny ttp dtg sini dan bca blog awak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah blog ceritaejoy ye. :)

      Padam
  2. enjoy yourself ejoy.. kita berblog untuk berseronok, bukan nak tension2.. Eyda akan cuba singgah sini ya bila berkesempatan..

    BalasPadam
  3. best of luck ejoy , teruskan menulis..ejoy masih di bloglist kak ana :)

    BalasPadam
  4. All rhe best ejoy..kak lya ttp singgah sini..sama2 mendoakan yg terbaik..ada masa singgah la blog kak lya ya..lama ejoy tk singgah sana ..happy blogging

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email