Hilang Kuasa Membeli. - ceritaejoy

Hilang Kuasa Membeli.

1:06 PTG

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Tahun 2015 adalah tahun yang mana di dalam pandangan aku, merupakan permulaan tahun kepada pengguna hilang kuasa membeli. Atau ianya sudah lama berlaku tanpa aku perasan sedikit pun?

Manakan tidak, bermulanya cukai baru ni, segala macam harga barang naik. Setahu aku, kalau dibandingkan dengan sistem pencukaian sebelum ni, harga barang sedia ada sepatutnya menurun. Kan?

Kalau kita tengok dengan harga barang semasa yang berkemungkinan meningkat lagi, di tambah dengan cukai sedia ada, mestilah lebih mahal kan? Ambil la contoh roti. Kalau sebelum ni, beli roti cuma RM0.80. Selepas sistem cukai yang baru, harganya sedikit naik kepada RM0.85. Tak mustahil, sedikit masa lagi, bila semua barang untuk membuat roti naik, harga roti pun naik dan menjadikan harga roti menjadi RM1.50 katakan. Harga semakin meningkat dengan bentuk yang semakin mengecil. Betul tak?

Dulu kalau kita beli, penuh je plastik tu dengan roti, sekarang ni, harga makin mahal, tapi penuh dengan ruang kosong je plastik tu sebab roti dah semakin mengecil. Ini yang aku maksudkan hilang kuasa membeli tu.

Lepas tu, sekarang ni, aku banyak dengar kawan-kawan bercakap perihal kad tambah nilai juga dikenakan cukai. Kalau sebelum ni, harganya adalah RM10, tetapi selepas cukai baharu, ianya menjadi RM10.60.

Ini juga aku maksudkan dengan hilang kuasa membeli. Kita beli dengan harga RM10.60 untuk kegunaan RM10. Bayar mahal untuk perkara yang kecil. Lainlah kalau kita beli murah dengan penggunaan maksima. Kan?

Ramai orang yang dah perasan dengan benda ni. Perbelanjaan rumah sekarang ni, boleh dikatakan beratus-ratus kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni. Ni, lepas sistem cukai baru ni, sudah pasti jumlah ini akan bertambahkan? Kita keluarkan jumlah yang besar hanya untuk perkara yang sama tetapi dengan kuantiti yang semakin mengecil. Owh! Apakah yang sudah berlaku?

Nilai yang sama dengan pengunaan yang semakin mengecil. Pengguna semakin hilang kuasa membeli.

Bercakap tidak mendatangkan apa-apa. Kerana setiap tahun, kita perlu berhadapan dengan inflasi. Kalau sebelum ni, aku cukup risaukan, bagaimana kehidupan anak-anak aku kelak, tetapi sekarang, mindset aku berubah serta merta!

Aku sekarang lebih risaukan bagaimana kehidupan aku sekeluarga. Aku macam rasakan kehidupan yang ada sekarang semakin terhimpit. Mahu tak mahu, kita perlu berhadapan dengan semua perkara ni.

Tahun 2015 adalah permulaan kepada tahun-tahun sukar. Kehidupan mereka yang seperti aku, perlu menambah waktu kerja yang sememangnya sudah sampai ke tahap maksimum. Bukan kerana mahu hidup senang lenang, tetapi untuk meneruskan kehidupan sedia ada. Masa bersama keluarga akan menjadi lebih singkat.

Tumpuan kepada anak-anak akan menjadi semakin berkurang. Manakan tidak, keluar kerja, anak masih tidur, pulang kerja anak sudah tidur. Jadi, tidak hairanlah mengapa kanak-kanak sekarang menjadi lebih "extreme"! Semua kerana kehidupan sedia ada.

Masa itu sentiasa ada. Betul. Cuma soalan aku adalah, cukup atau tidak masa itu? Sempat atau tidak? Ini bukan zaman dimana orang baru mengenal dunia. Ini adalah zaman dimana orang mengubah dunia menjadi sesuatu yang lain.

Jom kita sama-sama fikirkan apakah langkah-langkah yang perlu untuk berhadapan dengan dunia yang semakin extreme ni. Pengguna yang semakin hilang kuasa membeli.

You Might Also Like

2 comments

  1. tarakk tahu dah nak ckp camne..kan cakap lbh2 kata lbh2 kan masuk lokap pulak huhuhu..

    BalasPadam
  2. ya, setuju... pengguna dah hilang kuasa membeli... :(
    sakit hati bila orang-orang di atas sana suka guna ayat "kalau tak suka, pindah duduk Zimbabwe lah apa lah..." senang je diaorang cakap kan.. sebab diaorang ada duit dan ada PILIHAN... sedangkan kami golongan marhaen ni................ ermmm... :(

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email