Excited!! - ceritaejoy

Excited!!

9:11 PG

Sebenarnya, semalam lagi aku dah excited. Sebabnya aku dapat komputer baru yang lebih besar dan lebih luas. Wahahahha. Komputer pejabat je pun, tapi excitednya bukan main. Sebabnya, paparannya yang lebih luas dan warnanya yang lebih meriah.

Lepas dapat je komputer baru, bukan excited nak buat kerja, tapi excited nak explore dan tukar semua perkara yang ada dekat kmputer ni. Yang pertama sekali dah tentulah wallpaper kan? Kalau komputer aku sebelum ni, wallpaper yang memikat hati aku, tapi terlalu besar, aku kena adjust kasi kecik sikit gambar tu, baru leh buat wallpaper, tetapi sekarang tidak lagi, wahahahha.

Dalam kepala aku dah fikir, ini kalau tengok movie ni, pergh, memang best. Tapi time kerja tengok movie? Hamboi, ini kalau ada majikan aku yang baca blog aku ni, mati aku kena tala. Hmmm. Tapi kalau rehat, boleh tengok tak bos? Hehehehe.

Sebenarnya, aku bukanlah yang pertama dapat komputer besar gabak macam ni, aku batch ketiga. Orang lain dah dapat lama dah, aku baru nak dapat. Jadinya, orang lain dah habis dah perasaan teruja tu, aku baru nak merasa. Tapi apa aku kesah kan? Wahahahaha lagi.

Huh, pagi ni aku dah banyak gelak. 1 sebab aku dah dapat komputer baru, 1 lagi, syarikat tempat aku bekerja akan bercuti panjang. Gelak lagi, wahahahahahaha. Aku baru je ambil cuti seminggu, ni cuti lagi, aii, asyik cuti je kan?

Apa pun, ini adalah rezeki. Alhamdulilah. Walaupun ianya bukanlah hak milik aku, tapi aku kenalah jaga sebab ia dah di amanahkan pada aku. Alhamdulilah Ya Allah. Semoga dipermudahkan dan diperluaskan rezeki. Amin.


Haffizul Iskandar.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email