Emosi terganggu! - ceritaejoy

Emosi terganggu!

8:40 PG

Emosi terganggu|ceritaejoy.

Emosi terganggu! Benar-benar menganggu! Dari semalam lagi aku macam ni. Bila situasi ini berlaku, aku mesti cakap sorang-sorang. Erks. Sebenarnya, bukanlah aku ni dah tak betul sebab cakap sorang-sorang, tapi aku membayangkan, aku sedang bercakap dengan orang yang aku tak puas hati tu. Aku rasa macam release tension aku bila buat macam tu.

Semalam aku bawak family aku makan luar. Walaupun ada yang mengatakan, meminta semua rakyat berjimat cermat dengan makan di rumah. Macamana nak jimat cermat, barang yang nak masak kat rumah tu pun kena beli, gas pun kena beli. Kita yang kat bawah ni, diminta ikat perut, tapi kita jugaklah yang mengerakkan ekonomi. Yang kat atas, makan kat hotel 10 bintang. Macamana tu?

Lepas dari bawak family aku makan tu, aku drive kereta sambil mulut aku ni bercakap-cakap. Bukanlah aku menjerit atau mengeluarkan suara. Tetapi aku sekadar bercakap dalam hati dengan bibir aku tetap bergerak. Wife aku perasan akan hal ini. Di tegurnya aku, hai, dah kenapa cakap sorang-sorang? Apa yang tak kena?

Aku rasa, mungkin, mungkin ada lelaki yang sama macam aku. Yang suka bercakap sorang-sorang. Bukan bermakna gila, tetapi semacam meluahkan rasa tak puas hati tu atau sedang memikirkan sesuatu. Waktu aku menaip entry ni pun, aku masih bercakap dalam hati aku. Ianya betul-betul membuatkan emosi aku terganggu!

Apa yang mengganggu emosi aku ni? Ia sebenarnya berkaitan tempat aku bekerja sekarang. Aku betul-betul tak puas hati dengan apa yang berlaku sekarang. Bila ada seseorang yang berpangkat, meluahkan rasa tak puas hati dengan kerja yang dia dapat. Dah kamu tu ada pangkat, kena la buat kerja yang sesuai dengan apa yang dibayar syarikat. Kalau gaji awak tu kecil, buat kerja majikan, lainlah! huh!

Lagi satu, bila majikan berat sebelah! Orang yang kerja bawah 5 tahun. Dinaikkan pangkat, orang yang kerja dah lebih 10 tahun, dibiarkan macam tu je. Apa mereka ni tak nampak ke? Atau buat-buat tak nampak? Apa lebihnya pekerja tu? Bukan buat apa pun! Orang yang kerja lama ni, macam-macam benda kena buat, tak nampak atau saja buat-buta tak nampak?

Kadang-kadang aku fikir, majikan ni bukan dalam golongan bijak pandai. Siapa cakap, orang yang di atas semuanya bijak pandai? Siapa cakap? Mereka juga ada kelemahan dan mereka juga manusia. Siapa cakap yang di bawah ni, fikiran mereka ada limit? Siapa cakap? Bukan takda orang yang tak lulus belajar, takda spm pun, tapi boleh jadi jutawan. Banyak orang macam ni! Huh! Mereka ni betul-betul buat emosi aku terganggu.

Mereka ni tak profesional! Sebabnya, bila kita luahkan rasa, kita balik yang kena. Jika tidak melalui kata-kata, ia mesti melalui perbuatan. Ada saja yang tidak kena. Itu sebabnya aku cakap, orang atas-atas ni, bukan semuanya betul. Ada jugak masalahnya. 

Takpelah, aku percaya dengan kuasa Allah. Pemimpin yang tidak adil, pasti akan ada balasannya. Jika tidak melalui kerja, ia pasti di balas dengan rezeki. Rezeki orang, bukan majikan yang tentukan. Allah yang tentukan. InsyaAllah. Amin.

Haffizul Iskandar

You Might Also Like

2 comments

  1. Setuju sgt dengan awak.mcm tempat kerja Fida ni.nama saja manager...busy body saje kerja dia..tapi otak dia lagi sempit daripada staff bawahan..Nak senang citer..Bodoh.la...Geram dengan kebodohan dia tau...huh!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhe, statement ikhlas tu. Hehehehhe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email