Budak-budak sekarang. - ceritaejoy

Budak-budak sekarang.

2:48 PTG

Susah cari kerja.


Budak-budak zaman sekarang ni, macam manja sangat. Ini yang aku nampak dekat tempat kerja aku sekarang. Terlalu manja, tak macam orang dulu-dulu.

Orang dulu, semua gasak-gasak. Tak macam budak-budak sekarang, duduk production sekejap je, baru sebulan dua, dah sakit pinggang, dah macam-macam penyakit. Dah mintak proses yang lebih senang.

Aku pelik. Cukup pelik. Masih ada lagi "otai-otai" yang aku kenal dekat production. Yang masih lagi bekerja. Yang hampir kesemuanya, melebihi 10 tahun bekerja. 10 tahun tau, bukan 10 bulan. Rilek je. Kenapa pulak yang baru sebulan dua ni, dah macam-macam penyakit? Siap jumpa doktor pakar untuk dapatkan surat pelepasan kerja berat. Aku pelik, cukup pelik.

Manja sangat ke budak-budak sekarang ni? Zaman sekarang ni, bukan mudah nak cari kerja. Ramai graduan yang tanam anggur. Jadi, bila dah ada kerja tu, kenalah bekerja dengan baik. Ini tidak, kerja yang ada ni, tak dihargai langsung. Pelik sungguh.

Manja tu satu hal, ni, ada pulak nak tunjuk kuasa. Ini lagi la aku pelik. Lagak mereka yang bekerja bawah 1 tahun, lebih dari mereka yang dah bekerja 10 tahun. Sampaikan satu tahap, aku rasa, mereka ni lebih daripada majikan. Hebat sungguh!

Aku sendiri tak pasti, apa yang sedang berlaku sekarang ni. Kenapa mereka-mereka ni jadi macam ni. Apa penyebab kepada permasalahan ni. Kalau aku ingat dulu-dulu, waktu aku dekat production, rasanya lagi teruk dari apa yang ada sekarang. Tapi kerja tetap juga di jaga. Takda pula rasa nak ambil surat perlepasan kerja berat semua tu.

Hai budak-budak sekarang, apa sebenarnya yang berlaku? Apa penyebab kepada masalah ni? Apa yang perlu kita buat untuk ubah perkara ni?

You Might Also Like

8 comments

  1. Hehehe biasa la tu Ejoy ..ada yang nak tunjuk la tu diaorg tu hebat walhal tak sehebat mana pon ..Masih jugak jagung muda lagi ..Ermmm budak budak la katakan ..walaupon usia bukan kategori budak2 hehehe..Kena tukar dah tu jadi lebih dewasa sikit tak nak manja2 sangat la .. Singgah dari #exchangefeedgroup #kelabbloggerbenashaari

    BalasPadam
  2. Ala yg sebenarnya mereka ni MALAS...Vuba suruh main game boleh pulak kan...

    BalasPadam
  3. zmn skarang mbesar dlm aircond. itu yg jd manja. eh, ada kaitan ke? hehe

    BalasPadam
  4. ada-ada saje, x boleh susah sikit... teringat dulu abis SPM sementara tunggu result keje kat kilang... walaupon payah...kene bagun pepagi naik bus , kene keje malam..tapi rasa tu hilang... bila pegang duit gaji sgt rasa mewah time tu dan rasa bersyukur sangat.

    BalasPadam
  5. budak2 sekarang mmg beza ngn zaman kita dulu..susah nak suruh buat keje..adesss

    BalasPadam
  6. tu lah kannn... sedihhh la depa ni... takde life langsung.. semua nak senang je... :(

    BalasPadam
  7. kena ajar sikit orang mcm ni abg ejoyy

    BalasPadam
  8. Budak sekarang tak boleh hidup susah

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email