Bagaimana Cara Majikan Berfikir. - ceritaejoy

Bagaimana Cara Majikan Berfikir.

12:16 PTG

Bagaimana Cara Majikan Berfikir|ceritaejoy.

Terlalu banyak isu berkaitan tempat aku bekerja sekarang. Sekarang ni, isu yang paling panas adalah bagaimana cara majikan berfikir. Hahaha, sampai ke tahap itukan pekerja fikir. Sebenarnya aku pernah juga berfikir, apa yang sebenarnya majikan ni mahu selain daripada bodek selama 24jam. Tapi masih belum bertemu jawapannya.

Yang menjadi isu besar sekarang adalah, pekerja yang sudah berkhidmat melebihi 10 tahun tiada bezanya dengan pekerja yang baru 5 tahun berkhidmat. Gaji lebih kurang sama je. Ha, percaya tak? Orang yang dah lama kerja, yang dah masak sangat dengan "environment" sekitar takde bezanya dengan orang yang baru nak menapak ni. Hish.

Bunyinya macam, tiada langsung keistimewaan mereka yang dah lama berkhidmat ni. Kerja 10tahun, basic gaji sama macam orang yang bekerja 5 tahun. Aiks, memang terdapat masalah di situ kan? Ini yang buatkan aku berfikir, bagaimana cara majikan berfikir. Apa yang mereka tengok, apa yang mereka nak sebenarnya?

Syarikat aku bekerja sekarang dalam proses menaikkan pangkat pekerja. Sekali lagi ia menjadi isu apabila pekerja yang pada aku baru setahun jagung sudah boleh naik pangkat. Apa nasib dengan pekerja lama ni? Jawapannya, makan asap jelah. Langsung tak dapat apa-apa. Dah kenapa kan?

Aku faham kalau pekerja lama ni, "tak bekerja" atau ada kelemahan berbanding dengan pekerja "baru" yang punya banyak kelebihan. Masalahnya, pekerja lama ni lagi banyak task dia. Macam-macam kerja kena buat. Apa diarang ni tak nampak ke?

Aku bukan bercakap perihal diri aku. Aku sekadar meluahkan rasa bagi rakan-rakan aku. Aku sedih+kesian dengan mereka ni. Aku tahu kerja apa yang mereka buat. Jadi aku sangat faham. Kalau ikutkan, aku pun tension dengan apa yang berlaku. Nak jugak aku tanya pada majikan ni, apa yang sebenarnya diarang nak.

Tapi masalahnya sekarang, siapa aku untuk bersuara? Kang dibuatnya majikan ni boikot aku, dah sudah. Kerja aku pulak yang di timpa masalah. Kalau majikan jenis yang profesional, apa salahnya kan? Tapi nak jumpa yang profesional yang susah kan?

Pernah sekali aku tanyakan pada engineer aku, dengan harapan perkara itu akan sampai ke pihak atasan. Rupanya hancur jugak. Tak kemana perginya pun, balik-balik kat situ jugak. Aku cuma nakkan jawapan, bagaimana cara majikan berfikir. Sebabnya mereka je ada jawapan. Mungkin kita pekerja bawahan fikir lain, cara pihak atasan berfikir lain pula. Itu yang aku nak tahu tu.

Atau korang ada idea yang lebih bernas untuk aku dapatkan jawapan kepada permasalahan bagaimana cara majikan berfikir ni?

Haffizul iskandar.

You Might Also Like

1 comments

  1. Cuba bagi perumpaan yg best2 yang boleh bukak mata majikan kita tu..cth laa contoh ..cuba suh majikan kita tu buat kerja yang kita buat hari2 pastu takmyah lama laa bagi sehari jer biar dia rasa cam mana kita kat tempat tu barula dia tahu apa rasanya ... tapi majikan baik mana yg nak rasa duk kat tempat pekwrja camtu hehehehe..tak nak depa aihhh..kalau ada pon dalam drama melayu laa ..bayak citer2 gtuu..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email