Rumah Mampu Tengok. - ceritaejoy

Rumah Mampu Tengok.

2:52 PTG

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Sekadar perkongsian dari manusia picisan seperti aku. Rata-rata pembangunan rumah sekarang, adalah lebih kepada rumah mampu tengok daripada rumah mampu milik.

Kalau tengok pada ekonomi negara, sentiasa menunjukkan peningkatan. Negara kita semakin maju saban tahun. Tetapi kalau kita tengok pada ekonomi keluarga, semakin mundur!

Manakan tidak, aku rasakan peningkatan ekonomi negara tidak selaras dengan peningkatan ekonomi keluarga.

Kalau di tempat aku bekerja sekarang, kenaikan gaji hanya sekitar RM10 ke RM60, dan ianya hanya berlaku sebanyak 1 kali setahun!

Tetapi tidak pada kenaikan harga barang, yang mana aku rasakan kenaikan harganya boleh dikatakan terlalu kerap!

Kaitannya pula dengan harga rumah sekarang adalah, harga rumah saban tahun meningkat, dan peningkatan jumlahnya adalah terlalu tinggi!

Kalau harga rumah boleh naik sampai cecah ratus ribu, dibandingkan dengan kenaikan gaji seperti yang aku sebutkan tadi, logik tak macam yang aku ceritakan tadi tentang rumah sekarang adalah lebih kepada rumah mampu tengok?

Persoalannya sekarang, mampukah golongan pertengahan seperti aku memiliki rumah idaman? Aku sebenarnya amat-amat bersyukur, sebabnya, aku sudah pun memiliki rumah sendiri, walaupun ianya bukanlah rumah idaman.

Berapa ramai orang yang memiliki rumah sendiri sekarang ni? Aku melihat mereka yang disekeliling aku, hampir 80% orang masih belum memiliki rumah sendiri. 20% tu pulak, ada di antaranya "menyambung" aset keluarga.

Bukan tiada usaha, cumanya rata-rata jawapan yang aku terima daripada rakan-rakan aku adalah, harga rumah yang terlalu tinggi dan kesukaran di dalam membuat pinjaman perumahan.

Memang betul, kesukaran di dalam membuat pinjaman adalah salah satu sebab kenapa ramai yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Belum pernah lagi aku dengar harga rumah turun, semua naik je, kalau ada pun, waktu inflasi yang teruk. Kalau nak beli rumah waktu itu, dah terang-terang semua orang pun terlibat dengan inflasi, jadi macamana nak beli rumah. Kan?

Siapa yang boleh membantu di dalam menolong mereka yang masih belum memiliki rumah untuk memiliki rumah sendiri?

Ada rumah rakyat, yang dibina untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Tetapi lokasinya terhad di tempat-tempat tertentu sahaja, malahan ada yang lokasinya berada nun jauh ke pendalaman.

Kalau lokasi tempat kerja dekat dengan rumah ok la kan, macamana kalau lokasi tu jauh? Kena kira perbelanjaan lain jugak kan? Ini bukankah menambahkan lagi perbelanjaan keluarga?

Aku sekadar menyuarakan pendapat rakan-rakan aku yang masih belum memiliki rumah sendiri. Inilah luahan mereka, yang aku kongsikan.

Siapa yang ingin mendengar dan memahami?

You Might Also Like

9 comments

  1. Yup statement terbaik.
    Kitew ni dah dekat 2 tahun kawin.nak beli rumah dah seriau..
    rata2 rumah sekarang ni harga dia lebih daripada 150k..yang bawah 50 k susah jugak nak cari..gaji kitew dah la ciput jer..hmmm..kitew mampu melihat..yang untung orang bangsa ......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kadang rumah yang di bina untuk golongan bawahan pun susah nak beli, camana pulak dengan rumah yang dibina bukan untuk golongan bawahan ni pulak kan? Hmm

      Padam
  2. kite nak rumah yg mmpu tengok tuuu .

    BalasPadam
  3. Betul setuju....perlu perancangan teliti..untuk membantu mereka yg kurang kemampuan

    BalasPadam
  4. mungkinkah kerajaan sepatutnya melaksanakan harga mati buat semua rumah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya pernah ada yang utarakan perkara ni, dan alasan yang diberikan adalah, harga rumah bukan di bawah bidang kuasa kerajaan. Rasanyalah, kalau tak salah.

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email