Punyalah Pemalas! - ceritaejoy

Punyalah Pemalas!

9:17 PG

Pagi-pagi, rezeki baru nak masuk, dah bikin hal orang dalam office tempat aku bekerja ni. Punyalah pemalas tahap gaban. Apa ada emas ke dalam kocek baju tu, punyalah pemalas!

Ceritanya, kerani office ni pun 1 hal, keje nak mengulau je. Duduk office diam-diam sudah! Huh! Bila dia takde, dah aku pulak yang kena mengangkat telefon. Yang mana semuanya cari kerani ni!! Hoi! Huh!

Dah angkat telefon, member dari logistic telefon. Nak bercakap dengan sorang pekerja bahagian logistic jugak kat bahagian aku. Siap pesan suruh call semula bagai.

Yang buat aku jadi lagi tension tu, dari meja aku dah boleh nampak orang yang call ni. Kalau jerit sikit, bukan jerit yang kuat-kuat, dah boleh dengar dah.

Punyalah pemalas ko ni kak. Siap telefon bagai. Ko angkat punggung ko tu, jalan sikit dah sampai. Tenaga yang ko gunakan tu, tak mampu bakar kalori dalam badan pun. Nilai tenaga yang ko gunakan tu, terlalu sedikit. Pun malas jugak.

Aku pelik dengan sikap manusia macam ni. Agak-agak, kalau kerusi dia tu, ada sistem elektrik, yang boleh bergerak sendiri, maunya dia duduk je kat kerusi tu, walaupun nak ke tandas.

Apa punya pemalas la manusia macam ni. Aku pelik. Betul aku pelik dengan manusia macam ni.

You Might Also Like

2 comments

  1. hehehe..perkara biasa je tu..maybe dia call konon nak gosip2 kot..sekali org yg dia cri tu xde plak.hehe...

    BalasPadam
  2. pemalas betul...dalam entry ni banyak perkataan pemalas ya

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email