Musim Produk Kecantikan Dan Kesihatan. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Musim Produk Kecantikan Dan Kesihatan.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Malaysia sedang di landa musim produk kecantikan dan kesihatan. Satu musim yang mana, peniaga-peniaga produk ni, berebut-rebut memasarkan barangan mereka.

Bermacam-macam "tagline" yang kita dengar. Macam-macam jenis iklan yang kita lihat. Semuanya kerana musim produk kecantikan dan kesihatan.

Aku bukanlah bermaksud untuk menceritakan kelebihan-kelebihan yang ada. Sebabnya adalah, semuanya sudah pun di ceritakan si empunya produk.

Yang aku cuba sampaikan adalah, apakah "effect" daripada penggunaan produk ni. Effect negatif ya, bukannya positif.

Kalau kita tengok pada ramuan-ramuan yang ada, kadang-kadang tak paham langsung. Macam-macam ramuan yang ada.

Dan yang menjadikan ia lebih hebat adalah, "hasil" penggunaan produk dapat dilihat dalam tempoh masa yang agak singkat.

Hmm, tak mustahillah sekarang ni ramai yang menderita macam-macam penyakitkan? Bukanlah aku cakap, produk-produk ni semua boleh mendatangkan penyakit merbahaya, tapi kerisauan itu mesti ada kan?

Kalau tengok orang-orang lama, semua gunakan produk semulajadi. Sebab tu, orang-orang lama semuanya sihat belaka. Ini hakikat. Semua pun tahu akan keadaan ini.

Ini adalah pendapat aku semata-mata. Bagaimana pula dengan korang?

loading...

2 ulasan:

  1. produk atau jamu yg slalu kempen ckp berkesan cepat tullah yg paling awal2 lagi ainaa tolak. haha

    BalasPadam
  2. yang penting, cari produk yang dah daftar dan organik ;)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com