• Breaking News

    27 Mac 2015

    Masalah mental.

    Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

    Terpanggil aku nak berbual perihal cerita masalah mental ni. Bukan apa, kalau kita tengok kat malaysia sekarang ni, bila berlaku kes melibatkan kecederaan atau lebih teruk lagi melibatkan kematian, pasti akan wujud kenyataan ini, "masalah mental".

    Baru-baru ni pun, ada juga kes yang viral kat malaysia ni, puncanya kecik je, tapi bila semua orang dah tahu kes ni keluarlah statement masalah mental.

    Sekali lagi, mereka yang terlibat akan menggunakan alasan yang sama. Ia semacam satu alasan yang kuat, dalam menangkis segala macam tuduhan dan cemuhan.

    Persoalan sekarang, berapa ramai orang yang mempunyai masalah mental kat malaysia ni? Dan adakah alasan ini mempunyai "kekebalan" nya yang tersendiri?

    Orang sekarang ni, normal pun boleh mengaku gila hanya untuk melepaskan diri dari dikenakan apa-apa tindakan. Kalau macam tu, ini bermakna, masalah mental ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja?

    Aku terfikir, jika kes yang melibatkan mereka yang bermasalah ini, mereka akan di hantar untuk pemeriksaan lanjut di hospital. Itu mereka, bagaimana pula dengan mangsa yang terlibat?

    Ini yang aku cakap, sesiapa pun boleh mengaku gila. Kena orang yang normal, di pukul atau di ancamnya orang lain, terus mengaku gila, hantar hospital, buat pemeriksaan.

    Kesukaran di dalam mengenal pasti mereka yang mengalami masalah mental ini adalah mereka berada di dalam kelompok masyarakat. Dan mungkin juga di kalangan kita. Jadi mereka juga adalah manusia normal! Perlu ada pemantauan kursus untuk golongan seperti ini.

    Jangan nanti, bila semakin banyak kes yang berlaku, dan kesemuanya menggunakan alasan yang sama, barulah diwujudkan perkara tertentu untuk mereka.

    Tak aku nafikan, kehidupan sekarang semakin mencabar. Dan boleh dikatakan juga, ramai yang mengalami masalah tekanan hidup.

    Dan bila masalah yang sebenarnya, boleh diuruskan, tetapi tidak diuruskan dengan betul, ini yang datang macam-macam masalah ni.

    Aku hanyalah manusia picisan yang takut kalau-kalau masalah mental dalam kalangan masyarakat malaysia ni jadi lebih teruk. Lagi takut kalau ia berlaku dalam ahli keluarga aku.

    Semoga kita semua dilindungi dari segala macam perkara yang tidak di ingini.

    12 ulasan:

    1. Semua orang ada masalah mental ..
      macam kitew pun ada jugak mentalnya..tapi tak la teruk sampai nak bunuh membunuh ni..
      Kitew ni mental sikit kalau bab drama sedih jew...mau berlinang air mata walhal tak ada sapa marah pun...'
      Mental jugak kan..

      BalasPadam
      Balasan
      1. aaaaa. mental kot. eh..yer la kut. erks. Hehehehe

        Padam
    2. mental? hi hi hi, you will never know bila masalah mental yang ada boleh menjadi semakin kronik...tetapi, rasanya memang ramai yang mengalami masalah mental zaman sekarang ni...

      BalasPadam
    3. hisap rokok pun doktor keluarkan statement pesakit mental bg siapa yang hisap rokok....
      wah kalau macam tu...aku bunuh orang...lepas tu boleh claim sbg pesakit mental....kan kan kan...hehehe

      BalasPadam
      Balasan
      1. aa, janganlah macam tu yer. Hehehehhe

        Padam
    4. selagi ada iman... insyallah...

      BalasPadam
    5. rasanya kena buat test untuk orang sakit mental dengan test yang orang normal tak sanggup buat

      BalasPadam
    6. zaman sekarang sangat2 mencabar, ramai org stres, stress yg melampau gak punca masalah mental ;)

      BalasPadam
      Balasan
      1. Betul tu. Macam-macam tekanan ada sekarang ni. Hmmm

        Padam

    Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

    Blogger Malaysia