Lagi Pesawat Terhempas! ~ Ceritaejoy Lagi Pesawat Terhempas! - Ceritaejoy

Lagi Pesawat Terhempas!

8:20 PG

Pesawat Germanwings terhempas

Pesawat Germanwings terhempas

Marseille: Pesawat Airbus penerbangan tambang murah Lufthansa, Germanwings terhempas di kawasan pergunungan Alps di selatan Perancis, hari ini, ketika dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman.

Penerbangan 4U9525 itu membawa 144 penumpang serta enam kru.
Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban dalam nahas itu.

"Pesawat itu terhempas di awasan tepencil dan sukar dilalui," katanya.
Sementara itu, jurucakap perbadanan penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat A320 itu terhempas berhampiran bandar Barcelonnette yang terletak kira-kira 100 kilometer utara Nice, Perancis.

Pasukan mencari dan menyelamat dalam perjalan ke lokasi nahas, katanya.
Sementara itu Jurucakap pengendali lapangan terbang Sepanyol, Aena berkata, pesawat itu berlepas dari Barcelona pada 8.55 pagi GMT (4.55 petang Malaysia).

Manakala, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Perancis, Pierre-Henry Brandet berkata, pesawat itu menghantar isyarat kecemasan pada 10.45 pagi waktu tempatan sebelum terhempas di kawasan pergunungan pada ketinggian kira-kira 2,000 meter. - Agensi

You Might Also Like

4 comments

  1. banyak betul pesawat terhempas sekarang ni... hu hu hu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Hmm, takut nak travel naik kapal terbang ni. Hmm

      Padam
  2. nak naik flight pun fikir banyak kali ni..kesiannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena naik kapal laut la lepas ni. :)

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You