Kisah Terawal Ke Tempat Kerja. - ceritaejoy

Kisah Terawal Ke Tempat Kerja.

9:16 PG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Permulaan hari yang sungguh indah. Indah yang macamana tu? Ha. Begini kisahnya. Aku bangun macam biasa hari ni. Aku kunci jam pakai handphone. Aku bangun, tutup jam, terus mandi. Dah siap-siap mandi suma, aku bersiaplah nak ke tempat kerja. Aku tengok jam, dah pukul 0632. Memang aku nampak jam pukul 0632. Memang aku suka ke tempat kerja awal-awal macam ni.

Dah siap-siap semua, aku pun bawaklah superbike aku. Honda cbr 100. Aku tengok jalan lenggang je. Aku mulanya macam tak pelik la. Waktu-waktu macam ni, kenderaan memang tak banyak.

Dah masuk ke pekan alor gajah, aku tengok petrol pump petronas tak bukak lagi. Dalam hati aku, aii, dah pukul berapa ni tak bukak-bukak lagi, selamatlah superbike aku minyak penuh.

Jalan lagi dekat betul-betul pekan alor gajah, aku tengok shell dengan petron pun tak bukak lagi. Dah kenapa ni? Ada mogok ke? Ke ada gaduh besar malam tadi?? Betul. Serius, ini yang aku fikir pagi tadi. Dengan kenderaan langsung takde. Argghh sudah.

Tergerak la pulak aku nak tengok jam. Huhuhuhuhuhu. Sangat la kecewa. Jam baru pukul 0530!! Arghh. Aku masuk kerja jam 0745.

Aku betul-betul pening. Aku dah tengok jam tadi sebelum aku keluar rumah. Memang jam 0632. Tapi kenapa bila aku tengok balik baru jam 0530??

Aku sampai kerja, pintu pagar pun tak bukak lagi. Hmm. Patutla gelap je jalan raya tadi. Kenderaan pun takde. Huhuhuhu.

Sudahnya, aku tunggu je kat pagar sambil borak-borak dengan pak guard.

Rezeki besar nak masuk ke? Hehehehhe

You Might Also Like

11 comments

  1. kemain semangat masuk kerja pukul 5.30. hahaha. XD

    BalasPadam
  2. Hahahha. salah tengok jam sebenarnya. Hahahahahahha

    BalasPadam
  3. hikhik.......excited btl nk bekerja tu

    BalasPadam
  4. Hehehhe. Pekerja Contoh kan? Hehehehehehhe

    BalasPadam
  5. Kalau pukul 5.30 pagi dah keluar, bangun pukul berapa la agaknye tu. 4.30 pagi? Awal nau :D

    BalasPadam
  6. ha. Kan. Pukul berapa ek? Hmm. Ngantoknya..

    BalasPadam
  7. klu hari2 awal, kompem dapat bonus 10 bulan :)

    BalasPadam
  8. Semangat ada... Gila belum lagi. Hehhehehehehe

    BalasPadam
  9. Hahaha tahun ni leh dpt jd pekerja cemerlang laa hahaha

    BalasPadam
  10. hahahaha..
    tahun ni mesti jd pekerja cemerlang.. tp pelik jugak.. salah kunci jam kot ni..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email