Jangan Berjanji Dengan Anak Kalau.. - ceritaejoy

Jangan Berjanji Dengan Anak Kalau..

9:15 PG

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hmm, Entry ni aku tujukan khas buat diri aku. Jangan berjanji dengan anak jika tak mampu nak tunaikan. Kadang-kadang, ibubapa "terpaksa" berjanji dengan anak sebagai cara untuk mengambil hati atau mengalihkan perhatian anak-anak daripada sesuatu. Sebagai contoh, jika anak meragam inginkan sesuatu, dan mula menjerit-jerit, ada sesetengah ibubapa yang berjanji akan memberi sesuatu jika anak mereka mendengar arahan mereka.

Ini sebenarnya adalah sesuatu janji "tidak sah" kepada anak-anak. Itu adalah pada pandangan ibubapa. Tetapi tidak pada anak! Mereka menyimpan perkara ini beserta harapan yang sangat besar. Dalam erti kata lainnya, ianya mestilah di tepati.

Percaya atau tidak, biarlah berapa lama pun masa yang di ambil, mereka tetap juga memegang janji ibubapa akan perkara yang telah dijanjikan?

Semacam kes yang berlaku kepada aku. Aku berjanji dengan anak aku yang baru berusia 2 tahun untuk membawanya ke taman permainan. Lama sebenarnya janji aku tu. Bukan niat aku nak bohong dia. Ada aku bawakan juga, tetapi, bila sampai ke tempat permainan tu, pasti akan ada masalah.

Antara masalahnya adalah, orang terlalu ramai. Keadaan taman permainan yang kecil dengan orang yang terlalu ramai adalah sesuatu keadaan yang tidak sesuai dengan anak aku. Ada pula tu, taman permainan tu dipenuhi oleh remaja. Dok melepak kat situ. Itu juga tidak sesuai dengan pembesaran anak aku. Faktor masa juga berkait rapat dengan masalah aku ni.

Jadi, bila dah terlalu lama, anak-anak akan menganggap ibubapa sebagai penipu. Dan ini akan mewujudkan satu sikap tidak percaya lagi di dalam diri anak-anak. Dan dalam masa yang sama, mendidik anak-anak menjadi penipu juga.

Ibubapa adalah cermin kepada anak-anak. Dalam proses pembesaran mereka, segala peribadi ibubapa adalah contoh terbaik buat mereka. Adakah anda mahu anak-anak anda menjadi penipu? Jika tidak mahu, berikan yang terbaik buat mereka. Dan jangan sesekali berjanji dengan anak jika tak mampu anda tunaikan.

Selalu ingat, mereka adalah harta terbesar yang kita ada. Mereka adalah cahaya kehidupan kita. Biarkan mereka bercahaya dengan terang melalui sikap mereka yang baik dan bukannya malap dengan sikap mereka yang teruk.

You Might Also Like

2 comments

  1. Setuju. Jangan berjanji jika tidak mampu tunaikan. Saya juga sedang mencuba jika berjanji terus tunaikan petang tersebut atau di malam hari.

    BalasPadam
  2. tepat sekali,anak2 adalah cerminan dari sikap kita.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email