Apa Yang Anak-Anak Perlukan? - ceritaejoy

Apa Yang Anak-Anak Perlukan?

11:35 PG

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.

perhatian anak

Sumber : Google

Entry soalan pada hari ni. Apa yang anak-anak perlukan sebenarnya di dalam kehidupan mereka? Aku semacam terpanggil bila seorang rakan aku di FB, post satu gambar, tentang seorang kanak-kanak yang meluahkan perasaannya di dalam sekeping kertas.

Bila aku baca luahan kanak-kanak tu, baru aku lebih sedar, yang anak-anak ini sebenarnya, bukan mahukan wang yang melimpah ruah, mainan yang sarat, ataupun segala macam lagi, mereka sebenarnya hanya mahukan "PERHATIAN" daripada ibubapa mereka. Sesuatu yang lebih bernilai kepada mereka.

Zaman sekarang ni, ramai ibubapa yang bekerja. Jadi, masa dengan anak-anak sangat kurang. Kebanyakkan masa anak-anak adalah dengan pengasuh. Anak-anak hanya dapat jumpa ibubapa mereka pada waktu petang dan malam.

Jika semasa waktu kerja, ibubapa terbeban dengan kerja yang banyak, pasti pada waktu malamnya, akan keletihan. Dan ini akan mengurangkan " masa berkualiti" dengan anak-anak.Dan anak-anak membesar dengan kurang perhatian daripada ibubapa.

Bagaimana pula dengan anak-anak yang tidak punya ibubapa? Apa pula perasaan mereka? Bagaimana pula dengan perasaan anak-anak yang keluarga mereka mengalami keretakan? :(

Kalau kita selidik dan fahami, mereka akan lebih bercerita tentang perhatian yang mereka tidak dapat daripada ibu atau bapa mereka. Kasih sayang daripada ibu dan bapa mereka. Ini lebih bernilai daripada wang ringgit!

Tetapi berapa ramai ibubapa yang tahu dan faham akan perkara ini? Pasti ada bukan, ibubapa yang tidak memandang berat akan perkara ni?

Berilah perhatian kepada anak-anak anda. Mereka adalah anugerah yang tidak terhingga kepada setiap keluarga. Mereka hanya perlukan kasih sayang daripada para ibubapa. Itu yang lebih berharga.

You Might Also Like

7 comments

  1. betul tu..perhatian sangat penting :)

    BalasPadam
  2. sehari cuba spend masa 30 minit lepas balik kerja untuk bersama dengan anak-anak.. maksudnya 30 minit tu fokis hanya pada anak-anak sahaja,, letak tepi semua kerja-kerja rumah dulu, trust me, lepas 30 minit anak-anak akan puas.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Betul tu. Terima kasih atas nasihat yang berguna ni. Terima kasih yer..:)

      Padam
  3. betol tu ejoy. anak2 perlukan perhatian n kasih syg jeee .

    BalasPadam
  4. Stuju..berilah ank2 kita perhatian

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email