Aku Alah Habuk! - ceritaejoy

Aku Alah Habuk!

2:33 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku alah habuk! Hmm, ada lagi tak lelaki yang sama macam aku? Aku memang kalah dengan habuk. Kalau tempat tu banyak habuk habis la. 2-3 hari pun belum tentu habisnya. Hmm.

Baru-baru ni, office ada buat perubahan baru untuk lokasi meja pekerja. Bila dah alih-alih meja yang dah bertahun macam tu tak bergerak-gerak, memang banyak la habuk yang berterbangan! Kena pula aku time tu lupa nak standbykan mask! Argh!! Memang mendapatkanlah.

Balik kerja je aku dah terbaring, sebabnya, bila aku terdedah kepada habuk yang banyak, yang pertamanya mesti bersin sebersinnya. Ha, maksudnya, memang aku bersin je tak berhenti-henti.

Lepas tu, dia akan sakit tekak pulak. Dan macam-macam yang akan datang. Huh! Dan akhirnya, aku akan terbaring je atas tilam. Satu perkara yang aku paling tak suka. Susah jugak kalau alah dengan habuk ni kan?

Tapi aku ni di kira ok lagi kalau nak di bandingkan dengan rakan aku yang tak boleh makan makanan laut. Lagi teruk alahnya tu, sampai ke pengsan. Ish, alhamdulilah lah kan, aku takde alah tu, cuma alah habuk je. Hehehehehhe

You Might Also Like

4 comments

  1. lela alah kucing . tapi suka kucing . cant avoid it . pedih sedih semua ada

    BalasPadam
  2. Owh..Alah dengan bulu kucing la ek? Bahaya pada yang ada penyakit lelah. Ha.

    BalasPadam
  3. Kwn Sha alah seafood, tapi suka gila makan seafood. Kalau termakan je seafood, 5 saat kemudian dah tergaru-garu. Kesian.

    BalasPadam
  4. alah seafood tapi makan seafood? Aiks? Hehehehhe

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email