300 Patah Perkataan. - ceritaejoy

300 Patah Perkataan.

5:12 PTG

Penulisan mengikut SEO.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Waktu aku blogwalking mencari ilmu dan tips SEO, aku terbaca artikel mengenai jumlah patah perkataan yang sesuai dengan cara penulisan SEO. Jumlah yang di sarankan adalah 300 patah perkataan.

Bila aku terpandang 300 perkataan tu, aku teringat zaman aku ambil Peperiksaan SPM dulu. Kan kena buat karangan 300 patah perkataan. Punyalah beriya-iya karang karangan supaya cukup 300 patah perkataan. Hehehehe.

Aku ada sedikit cerita tentang tajuk entry aku harini. Ni waktu nak amik exam dululah. Bila kena buat perkataan yang banyak macam tu, memang aku malas. So, aku akan kira setiap ayat yang aku dah tulis, bila dah cukup je perkataan dia, aku akan habiskan karangan aku tu. Tak kisah lah walaupun cerita aku belum climax lagi. Hahahahaha.

Setiap kali ada peperiksaan, aku akan sediakan kalkulator, khas untuk kira berapa perkataan yang aku dah tulis *ok, ayat ni nampak bohong kan? Serius aku bohong. Hahahaha.

Tapi itulah antara pengalaman aku dengan 300 patah perkataan ni. Itu dulu, sekarang aku kembali semula dengan cara yang berbeza. Kalau dulu aku mengarang dekat kertas putih, sekarang aku mengarang dekat blog pula.

Blog ni pada aku, bukan medium luahan rasa semata-mata. Kalau kita lihat dengan lebih mendalam, ia lebih kepada menjadi seorang penulis. Dan kalau kita bercerita perihal penulis pula, jumlah perkataan yang kebiasaannya di tulis, bukanlah pendek. Lebih daripada 300 perkataan ni.

Penulisan mengikut SEO.

Tapi hakikatnya, tak semua orang suka membaca. Mata kita ni, kalau tengok ayat panjang-panjang, dah mula timbul rasa malas. Betul tak? Tak yah cakap oranglah, aku pun cam gitu juga. Hehehehe.

Itu yang banyak blogger menggunakan pendekatan mudah, sekadar bercerita mengenai apa yang mereka ingin sampaikan sahaja.

Jadi, bagaimana pula dengan tips SEO yang mengalakkan blogger untuk menggunakan 300 patah perkataan ni? Kang, dikarangnya cerita sepanjang ni, takde orang nak baca pula kan?

Tak perlu risau, kerana manusia punya sikap yang berbeza. Kenapa perlu takut untuk buat cerita sepanjang ni? Cuba tengok pada mereka yang suka baca novel. Agak-agak berapa patah perkataan dalam novel tu? Ada sesiapa yang pernah kira atau ada info mengenainya?

Mudah bagi sesiapa sahaja menjadi seorang blogger tetapi tidak menjadi seorang penulis. Menulis adalah satu bakat pada mata aku. Idea mereka, bukan sekadar singgah tetapi menetap dalam minda mereka. Aku sendiri kadang-kadang takda idea nak cerita dalam blog aku. Jadi, aku bukanlah penulis sebenar. 

Apa pula pendapat korang?

You Might Also Like

3 comments

  1. terpulang pada apa yg hendak di sampaikan,kalau ia mmg mencari matlumat tersebut mereka akan baca gak sampai habis kan ejoy..

    BalasPadam
  2. itulah hakikatnya orang mcm pcl..tak suka novel sbb x suka membaca yg panjang kisahnya, like blog mcm selalu..tgk kpd tajuk dan cerita..penceritaan. Bila penulis tulis panjang dgn fakta yg sarat...harus aku xtau nk komen.

    BalasPadam
  3. Hehehhe. Part taktau komen tu best. Hehehe

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email