Teknologi dunia bakal musnah? - ceritaejoy

Teknologi dunia bakal musnah?

1:52 PTG

Hehehehe. Rasanya, ramai juga blogger yang akan meluahkan perasaan tertekan bila internet mereka slow. Manakan tidak, semua perkara memerlukan internet. Jadi, bila internet slow atau langsung takde, dah tak tau nak buat. Mati akal sekejap. Kan?

Aku. Walaupun pakai internet pejabat (hahahahhahaha) pon akan rasa tension kalau internet slow. Yelah, semua benda aku pakai internet. Jadi kalau line internet slow. Tension dia lain macam lahh.

Tapi, perasaan tak, yang hampir kebanyakkan manusia tak boleh hidup tanpa teknologi. Semua orang perlukan internet. Memang benar, ada juga yang tak perlukan internet, tapi jika dibandingkan nisbah orang yang perlukan internet, jumlahnya lebih besar. Kan?

Baik. Pernah dengar, yang penghujung zaman nanti, segala macam teknologi dunia akan musnah? Dan kehidupan manusia akan kembali kepada asalnya. Pernah? So, bagaimana dengan kehidupan manusia ketika itu? Yang kononnya tak mampu nak hidup atau tak sempurna hidup tanpa teknologi ni?

Aku, kadang-kadang, akan duduk sorang-sorang dan fikir. Bagaimana dan rupa keadaan semasa tu. Mesti huru hara. Yelah. Internet slow sekejap je, dah ramai yang maki hamun, buat laporan macam-macam. Ni kan pulak segala macam teknologi dunia hancur.

Boleh korang pulak bayangkan? Bukanlah kata aku ni baik cam ostad ( sebutan cam orang tua-tua..hehehehhe), tapi bila masanya sampai, dia tak kira dah, yang alim ke, yang tak alim ke. Semua merasa.

Persoalannya: Bersediakah anda? Menghadapi zaman tanpa teknologi ini jika ianya berlaku semasa kehidupan anda? 

You Might Also Like

4 comments

  1. mungkin dunia lebih aman tanpa teknologi. wahahaha.

    BalasPadam
  2. mungkin pada ketika dan saat itu nanti, manusia yang tinggal tidak lagi leka dengan kenikmatan teknologi ni, mungkin manusia yang ada ketika itu telah dikembali ke asal sebagai hambaNya yang mendambakan syurga Ilahi..seribu kemungkinan kan ejoy :)

    BalasPadam
  3. pengiternet tegar mesti akan rasa kosong

    BalasPadam
  4. kabel tenet kena curi pun dah meracau 1 kampung, ni mcam mna la kalau dah hapus semua huhu

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email