Rakan kita adalah siapa kita. - Ceritaejoy

Header Ads

Rakan kita adalah siapa kita.

Ha, faham tak dengan apa yang aku cuba nak sampaikan melalui tajuk entry aku ni. Rakan di sekeliling kita adalah siapa kita.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, rakan-rakan disekeliling kita yang menentukan siapa kita. Jika anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya, berkawanlah dengan mereka yang sudah berjaya sebagai seorang usahawan. Jika anda bercampur dengan para jutawan, tak mustahil anda akan menjadi seorang jutawan. Ini kerana rakan kita adalah siapa kita.

Aku menulis entry ini adalah kerana, aku melihat seseorang di tempat aku bekerja. Yang mana sudah berumur tetapi memiliki wajah yang awet muda. Daripada pengamatan kasar aku, majoriti kawan-kawannya adalah mereka yang masih muda. Jadi perwatakan mereka, mungkin telah diserap oleh rakan ini. Dan peribadinya juga seperti orang muda! Rakan kita adalah siapa kita.

Wajah tak cantik, cuba bercampur dengan mereka yang semuanya cantik. Dan cuba lihat apa yang terjadi kepadanya. Wajahnya masih sama tetapi perbuatan atau perangainya pasti terikut-ikut dengan kawan-kawannya. Ianya mungkin melalui perwatakan ataupun perbuatan. Ha. Ini semua disebabkan oleh siapa rakan-rakan kita. Mereka yang disekeliling kita yang mencerminkan diri kita.

Jika anda ingin menjadi sesiapa di dalam hidup ini, bergaullah dengan orang yang betul. Nak jadi Doktor, campur dengan doktor, nak jadi peguam, campur dengan peguam. Semua atas pilihan diri masing-masing. Mereka yang disekeliling kita yang akan mempengaruhi dan menjadikan apa yang kita inginkan.

2 ulasan:

  1. betol tu. kawan2 yang banyak mempengaruhi kita. . :)

    BalasPadam
  2. nak kena kawan dengan orang muda la, bagi nampak muda sikit

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com