Permainan Pemaju Perumahan Atau Sebaliknya? ~ Ceritaejoy Permainan Pemaju Perumahan Atau Sebaliknya? - Ceritaejoy

Permainan Pemaju Perumahan Atau Sebaliknya?

10:58 PG

Rumah. Kepada sesiapa yang belum ada rumah sendiri, InsyaAllah, pasti ada rezeki untuk anda 1 hari nanti. Pada yang dah ada, alhamdulilah dan tahniah kepada anda.

Apa yang aku cuba nak sampaikan dalam entry aku ini adalah, mungkin terdapat permainan pemaju perumahan di dalam penjualan rumah-rumah yang sedang dalam pembinaan.

Kalau tengok pada harga rumah sekarang ni, semua main ratus ribu sampai la juta-juta. 1 jumlah yang kadang-kadang tak masuk akal langsung.

Tapi yang buat aku jadi hairan adalah bilamana pemaju sesuatu taman perumahan tu buat majlis perasmian taman mereka. Dalam masa yang singkat sahaja, keseluruhan taman perumahan tersebut " fully booked"! Walaupun harga rumah paling murah RM500K. Ish, kaya jugak orang malaysia ni kan?

Aku kadang jadi pelik. Takkan dalam seminggu je, dah habis jual? Kalau betul, memang benarlah rakyat malaysia ni semuanya kaya-kaya berlaka. Tapi itu bukan hakikat yang sebenarnya. Sebab, lebih ramai yang complaint harga rumah semakin mengila. Ini membuktikan kebanyakkan rakyat malaysia berpendapatan sederhana.

Ok. Baik. Apa yang aku fikirkan adalah, ia adalah permainan pemaju perumahan. Kenapa aku cakap macam ni?

Rumah yang belum dibina, harganya masih "rendah". Ambil contoh harga rumah 100k. Untuk 1 kawasan perumahan yang masih tanah rata. Yang masih belum ada apa-apa projek. Harga rumah adalah 100k. Harganya akan meningkat bila pembinaan mula dijalankan. Dan anda mesti percaya. Bila rumah selesai di bina, harga rumah yang mulanya berharga 100k, kini bernilai lebih 300k!

Dan kalau ia terletak di kawasan "emas". Penjualan rumah pada awal nya, hanya sedikit merugikan. Dan alasan pemaju perumahan yang mengatakan semua lot rumah sudah "fully booked" hanyalah alasan semata. Bila sudah ada pembinaan, jualan rumah pasti akan di buka semula. Kerana harga rumah sudahpun meningkat. Dan ia memberi keuntungan berlipat kali ganda.

Ini hanyalah pendapat aku semata-mata. Bagaimana pula dengan anda?


You Might Also Like

2 comments

  1. mmg pndi dorg kan...xblh nk buat ape sb dorg berkuasa :-(

    BalasPadam
  2. sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan harga mati untuk rumah. barulah tiada lagi permainan seperti ini

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Blogger Malaysia