Keluarga Aku Di Sihir! - ceritaejoy

Keluarga Aku Di Sihir!

11:32 PG

Lama aku simpan benda ni. Hanya yang dekat dengan aku je yang tau benda ni. Kadang-kadang aku terasa hati sangat-sangat. Malam tadi. Hmm. Malam tadi aku mimpi, yang aku nak terus menetap dengan keluarga aku kat kampung. Sebenarnya, dah banyak kali sangat aku mimpi macam ni. Hmm. Dulu keluarga aku bahagia. Seronok. Aku ada 8 orang adik beradik. Kalau balik kampung tu, memang seronok. Tapi, hati manusia kan, memang busuk! Tak boleh tengok orang senang! Di sihirnya keluarga aku.

Ceritanya macam ni. Ayah aku ada sebidang tanah kat kampung. Tanah tinggalan arwah atuk aku. Dah nama pun tanah sendiri kan? Ayah aku nak pasang la pagar kat sekeliling tanah dia tu. Tapi jiran sebelah rumah tak kasi. Ha. Korang pelik tak? Korang nak pagar tanah sendiri, tapi jiran sebelah tak kasi.

Puncanya adalah, jiran aku tu, dah masuk dalam tanah ayah aku. Dia tambah rumah. Disebabkan tanah dia kecil sedikit, dia "terpaksa" buat pembinaan di atas tanah ayah aku. Dan yang membuatkan dia jadi lagi marah adalah, dia ada planing nak tambah rumah lagi. Dan sudah semestinya, dia akan bina di atas tanah ayah aku. Dan bila ayah aku membuat keputusan membina pagar, itu yang buat dia jadi lagi marah.

Ayah aku tetap juga dengan keputusannya untuk bina pagar. Yelah, kalau tak naik pagar, mau habis penuh rumah dia atas tanah ayah aku. Sudahnya, manusia kan? Di sihirnya keluarga aku! Macamana aku tahu? Melalui perubatan islam. Ustaz yang mengubati keluarga kami ni beritahu. Dan walaupun sudah berubat, ianya masih berlarutan sampai sekarang!

Ibu aku yang paling teruk kena. Aku tak malu nak cakap, yang keluarga aku pernah pecah belah. Di sihirnya supaya kami sekeluarga pecah belah. Dasar hati manusia yang busuk! Macam tu lah.

Itu satu hal. Jiran sebelah kanan rumah aku. Yang sebelah kiri pun sama! Cuma mereka tidak menyihir, tapi melakukan perbuatan syaitan! Diracunnya itik-itik peliharaan ayah aku. Sebab? Pun tak puas hati ayah aku naikkan pagar. Mereka juga memasuki tanah ayah aku secara haram. Macamana mereka masuk?

Sebelum keluarga aku pindah masuk ke rumah yang kami tinggal sekarang ni, hanya ada arwah atuk aku je. So, mereka-mereka ni, dengan sesuka hati je buat rumah bagai. Lepas ayah aku pencen, baru kami pindah masuk. Ini bermakna, segala macam pembinaan tu dah di siap bina.

Macamana pulak tahu yang mereka masuk dalam tanah kami? Tengok pada geran tanah. Ikutkan, boleh buat 1 rumah lagi atas tanah yang diarang masuk ni. Ha! Banyak tak?

Manusia kan, kalau dah ikutkan syaitan, macam tu lah jadinya. Aku cuma selalu simpan dalam hati. Aku ada tuhan. Tuhan aku Allah. Allah yang menjadikan syaitan. Yang manusia-manusia ni dok minta tolong ni. Kalau Allah yang menjadikan syaitan, apa syaitan kah yang lebih hebat?

Balasan dari Allah pasti ada untuk mereka-mereka ni. Tak di dunia, pasti terbalas di akhirat. Itu aku sangat pasti. Semoga Allah memberi pengajaran kepada mereka. Allahuakbar!

You Might Also Like

7 comments

  1. ya ALLAH, dengkinya manusia. T^T

    BalasPadam
  2. Cakap pasal tanah ni, kadang org terpelajar pon jadi dungu. Jadi kes tanah mak irra, cikgu amik tanah mak..siap pagarkan...pastu dh la dia tebang segala pokok yg mak abah tanam...kemudian suruh bayar pulak sebab dia dah ratakan tanah...

    BalasPadam
  3. Ya Allah.. terkedu lidah... tak tau nak cakap...
    manusia... bila bertuhankan harta-benda, inilah jadinya...
    syaitan laknatullah jugak yang dicari padahal kuasa Allah itu melebihi segala-galanya....
    semoga saudara dengan keluarga dilindungi Allah S.W.T

    BalasPadam
  4. sabar je la yang bole dikatakan..biar ALLAH yang membalasnya

    BalasPadam
  5. ya betul tu, kalau Allah tak balas di dunia, tunggulah di akhirat. Allah Maha Tahu. Sesungguhnya segala apa yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah SWT, semuanya milik Allah.......

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan semuanya dan di jauhkan dari segala keburukkan Amin.

    BalasPadam
  7. Manusia akhir zaman dah semakin x takut dgn hukum Allah

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email