Jenis Tak Boleh Bergurau. - ceritaejoy

Jenis Tak Boleh Bergurau.

1:13 PTG

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hmm, Jenis yang tak boleh bergurau ni. Aku bukan maksudkan dengan mereka yang tak boleh bergurau langsung, tapi jenis manusia yang mana, mereka bergurau dengan kita, tapi bila kita bergurau semula, mereka marah-marah atau maki hamun. Ha.

Jenis aku pulak, bila aku dah berjumpa dengan mereka ni, aku memang automatik jauhkan atau langsung tidak bergurau. Yelah, aku tak suka, bila orang bergurau kasar dengan kita boleh, kita bergurau, dia nak angin pulak. Aii, kau boleh buat, orang lain tak boleh? Ni la jenis manusia tak boleh bergurau ni.

Masalah pulak timbul, bila kita tak bergurau dan cuba untuk langsung tidak bergurau, mereka ni pulak datang nak bergurau. Dah kita senyap-senyap, dia pulak bikin hal. Aku pulak jenis main cakap jer kalau aku dah tak berkenan ni. Pernah aku cakap kat seseorang jenis tak boleh bergurau ni.

"Kalaulah aku bergurau benda yang sama, sebijik aku buat sama macam yang kau buat kat aku ni, kau marah tak? Confirm kau marah kan? Ha, sama je gan aku, so, baik tak payah gurau macam ni lagi"

 Tapi masalahnya, kita pulak yang kena kang, di katanya kita pulak yang tak boleh bergurau ni. Aiks. Dah macam tu pulak. Hai, pening jugak nak melayan manusia macam ni kan? Hish. Apa pun, mereka memang ada di sekeliling kita. Nak tak nak, kena juga berhadapan dengan mereka ni. Jenis yang tak boleh bergurau!

You Might Also Like

5 comments

  1. betul tu...saya pun banyak jugak kawan macam ni...nak buat macam mana..mmg dah tak boleh...saya biasanya akan kurangkan bercakap atau bergurau ngan orang macam ni untuk jaga hati saya dan hati dia..

    BalasPadam
  2. Yup, betul tu, jauhkan diri. Tapi tak bermakna tidak bertegur sapa. Hmm

    BalasPadam
  3. sabar je la dengan perangai macam nie. hahaha.

    BalasPadam
  4. hehe kwn hubby sy ad mcm tu.. dia ckp org xpe, tp ble kita bahan dia thu kecik at..tp hubby dh thu pangai gtu, so bt xtahu jelah..hehe

    BalasPadam
  5. Betul tu Ejoy..Daripada kena kat diri sendiri baik jauhkan jer orang macam ni..Kan tak pasal2 jadi gaduh ..Yang baik jadi tak baik ..Biasa la bila hati terasa ..Bab2 gurau ni kadang2 ada yang blh bawak bergurau kdg2 ada yang tak boleh langsung bergurau huhuhuhu

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email