Dia ada "kaki-kaki" dia. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Dia ada "kaki-kaki" dia.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hmm, pagi-pagi aku dah nak mengata orang. Hish! Bukan mengata kot. Sekadar meluahkan perasaan semata-mata.

Ini pun biasa ada kat mana-mana pun. Rasanya semua pun merasai perkara yang sama. Sama macam aku.

Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ni? Baik. Macam ni. Maksud ada kaki-kaki dia tu adalah. Dalam kelompok pekerja, mesti akan ada beberapa orang yang "geng" atau kumpulan. Maksudnya, apa-apa pun, diarang-diarang je. Tak campur orang lain.

Apa-apa aktiviti pun mesti buat sama-sama dia je. Tak ajak orang lain. Kalau dapat apa-apa, bahagi sama-sama dia jer. Kalaupun salah sorang tak datang kerja, siap simpankan lagi. Ha. Cam gitu.

Aku tak pasti kalau tempat korang ada situasi macam ni. Yang aku pasti, tempat kerja aku memang ada. Yang menjadi masalah adalah, bila wujud masalah dalam tempat kerja. Boleh pulak join orang yang bukan dalam geng dia. Maksudnya, boleh pulak kerja ramai-ramai. Itu kalau yang melibatkan masalah. Kalau yang melibatkan "keseronokan", ha, dia ajak "kaki-kaki" dia je.

Huh! Boleh ek macam tu? Aku suka memerhati. Sangat suka. Apa tindakan aku? Hanya sekadar memerhati. Kerana ia tak melibatkan aku pun. Jika ia melibatkan aku? Ahh. Sudah pasti aku mengeluarkan kata-kata yang pasti menguris jiwa manusia yang mendengarnya. Buat apa berselindung daripada kebenaran? Kan? Owh, tapi ada apa-apa event, ko ajak kaki-kaki ko je. Time ada masalah, tau pulak ko nak ajak semua. Huh!


loading...

3 ulasan:

  1. jangan kata tempat kerja jer ada, dekat kampus pun ada..sadiss T_T

    BalasPadam
  2. memang ada jenis yang suka berpuak ni ^^

    BalasPadam
  3. itu biasa,mana2 pun ada...huuhuu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com