Cuaca panas melampau. - ceritaejoy

Cuaca panas melampau.

11:12 PG

Hari sabtu lepas aku mengecat pagar rumah. Mulanya aku bangun awal pagi, ingatkan boleh siap la. Sekali cat pulak habis! Ah sudah, terpaksa la ajak wife beli cat baru kat bandar. Dah alang-alang tu, sarapan la sekali kat luar kan. Bila dah sarapan kat kedai tu, mestilah lama. Siap-siap makan, beli cat, balik rumah. Agaknya dah masuk pukul 11 lebih dah waktu tu. Cuaca memang panas betul! Panas melampau.

Nak taknak, aku kena habiskan juga mengecat ni. Aku pun, pakai la cap, spek hitam ( silau kan) silapnya, aku pakai singlet jer! Fuh! Mulanya ok jer, disebabkan banyak sangat yang perlu di cat. Rasanya dalam pukul 1300 kut waktu tu , dia punya panas! Fuh! Betul-betul cuaca panas melampau.

Tangan dengan leher aku dah mula rasa pijar. Macam kena besi panas je sakit dia. Tapi sebab itu je masa yang aku ada. Aku habiskan jugak mengecat. Air dah berapa banyak aku minum. Habis je aku mengecat, cepat-cepat aku masuk dalam rumah. Fuh! Panas sungguh! Betul-betul cuaca panas melampau ni.

Sampai saat ni, aku masih rasa sakit kat tangan kiri aku ni. Kat bahagian bahu. Dengan bahagian leher. Hish! Macamana yer mereka yang bekerja di bawah panas terik matahari. 1 hari suntuk berjemur. Dengan cuaca panas melampau. Aku bersyukur kerana diberi keselesaan bekerja. Alhamdulilah. Tadi aku saja bukak laman web cuaca malaysia. Nak tengok suhu semasa Malaysia. Ni, aku kongsikan suhu untuk harini yer.


You Might Also Like

3 comments

  1. memang sekarang ni cuaca terik semacam...

    BalasPadam
  2. Kan? Semalam pergi kenduri rumah rakan. Fuh, panas sungguh. Kesian kat anak saya, kena guna payung, kalau tak, memang terbakar la jawabnya.

    BalasPadam
  3. Cuaca panas sebelah siang tp kf sini mlm sejukk..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email