Apa Yang Aku Nak Dalam Hidup Ni? - ceritaejoy

Apa Yang Aku Nak Dalam Hidup Ni?

11:43 PG

Aku dari pagi tadi, waktu nak mula kerja, dok rasa macam tak best+rasa sedih. Hmm, kenapa eh? Ini waktu rezeki nak masukkan? Kena la ceria dan bersemangat. Tul tak? Rasanya, mungkin kerana soalan aku malam tadi, yang aku tanya dekat diri aku sendiri : Apa yang aku nak dalam hidup aku ni?

Banyak jawapan yang datang. Aku sempat buat checklist. Apa yang aku dah capai dengan apa yang belum tercapai.

Bila kita fikir jer, kita takkan nampak. So, kena tulis, bila dah tulis, baru nampak. Hmm. Boleh kata, terlalu banyak benda yang aku masih belum capai.

Bila aku tengok balik diri aku ni. Umur dah menjangkau 30an. Ini bermakna, aku dah sia-siakan masa yang terlalu lama, hanya untuk mengerti apa itu kehidupan.

Masa yang aku ambil adalah terlalu lama. Kehidupan sebagai seorang manusia ni sebenarnya terlalu singkat. Percaya tak? Tau-tau je dah nak masuk 40an, lepas tu 50an. Sekejap je.

Yang buat aku jadi sangat risau adalah, berapa lama lagi masa yang aku perlu ambil untuk capai setiap keinginan aku.

Duduk saja-saja ni, aku still lagi fikir. Apa yang aku nak sebenarnya dalam kehidupan aku ni. Dan pastinya jawapan yang terlalu banyak akan muncul dalam kepala aku ni.

Kalau korang, apa yang korang nak dalam hidup korang?

You Might Also Like

6 comments

  1. kalau tanya apa yg nak dalam kehidupan ni . tak tertulis la bnyak nye . yang penting apa yg kita nak tu kie usaha dan tawakal . usaha tu penting

    BalasPadam
  2. HE HE HE
    KUMAHUITU... KUMAHUITU...
    :)
    GOOD LUCK

    BalasPadam
  3. Soalan yg agak susah nak jawab tu. Too many to achieve. Yg penting usaha yang berterusan & sentiasa positif :)

    BalasPadam
  4. berbakti kepada kedua ibubapa, jadi orang yg berguna kpd agama bangsa negara :D

    BalasPadam
  5. mencari kebahagian dari dunia hingga akhirat, bukan setakad kata-kata namun perlaksanaannya amat berat sekali.. :)

    BalasPadam
  6. As Salam... bw ke sini...
    ==>banyak yang kita nak dalam hidup ni TAPI Allah cuma bagi apa yang kita perlu.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email