Bukan Gollum! - ceritaejoy

Bukan Gollum!

9:38 PG


Kuching: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan binatang misteri yang ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, pagi semalam, adalah Beruang Matahari.

Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pengurus Komunikasi Korporat SFC Elaine Tan berkata, binatang terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.

"Pasukan SFC akan mencari untuk menyelamatkan haiwan itu esok. Ini kerana kami tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagiannya masih ditenggelami air," katanya.

Sebelum ini, sekumpulan pekerja warganegara Indonesia terkejut apabila menemui binatang pelik ketika bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu.

Binatang itu, dipercayai muncul secara tiba-tiba ketika mereka sibuk bekerja pada 10 pagi.

You Might Also Like

3 comments

  1. huhu kurus macam tak cukup makan je kesian nya..

    BalasPadam
  2. Mengikut kepada apa yang saya baca, beruang ni kena penyakit.

    BalasPadam
  3. Adoii td dah komen kt sini tp ntah mana silapnyerr komen tu masuk kat jururawat yg pgag limpa th huhuu..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email