• Breaking News

    5 Februari 2015

    Blogger Popular : Entry Atau Rupa?

    Sebelum apa-apa, aku nak minta maaf ya, kot-kot ada yang terasa semua. Tak terniat nak mengata sapa-sapa, cuma meluahkan apa yang di rasa.

    Dalam pemerhatian aku, jika ada rupa yang cantik dan segak, pasti akan ramai yang mengikutnya. Tak kesahlah apa yang mereka bicarakan di blog, pasti akan ramai yang membacanya. Hinggakan, entrynya terkadang, terlalu menceritakan 100% hal peribadi hidupnya. Blogger popular, entry atau rupa?

    Ada pula, tiada rupa, tetapi entry mereka cukup bermakna. Hinggakan mampu menjadikan orang lain berjaya. Blogger yang tidak pernah lokek dengan ilmu, hinggakan tiada langsung rahsia yang ingin di rahsiakan. Semuanya, mereka ajarkan kepada orang lain. Blogger popular, entry atau rupa?

    So? Apa yang aku nak sampaikan? Errks. Apa yang ada dalam fikiran aku adalah, jika blogger yang mempunyai rupa yang menawan, atau kacak, tidak menjadi masalah kepada mereka. Entry mereka cukup bermakna. Hinggakan nama mereka sahaja sudah cukup untuk orang lain ingat. Blogger popular kan? Hehehehe.

    Tetapi, bagi yang sebaliknya, kena hasilkan entry yang cukup hebat. Yang mampu membuatkan orang yang membacanya, perlu membacanya berulang kali. Ha. Amacam?

    Ini adalah hakikat ya. Sungguh. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan apa yang aku kata. Tetapi, inilah hakikatnya.

     

    10 ulasan:

    1. setuju..kan bagus dua2 ada.. baru layan.. hihi

      BalasPadam
    2. Kalau dua2 ada, itu pakej. Hehehehe

      BalasPadam
    3. hehe..sy lebih suka membaca entry drp lihat rupa

      BalasPadam
    4. itulah hakikat di dalam dunia blogger...ada banyak lagi... ^_^... semakin lama kita akan semakin pandai menilai serta mengenal... apa itu dunia blogger yang sebenarnya...percayalah...

      BalasPadam
    5. Entri yang menarik. dan rupa yang menawan mungkin satu bonos kowt. huhuu

      BalasPadam
    6. rupa tu kira pakej kan. kalau entry berkualiti tu lagi bagus. :D

      BalasPadam
    7. Betul-betul. Entry yang berkualiti juga yang penting. Hehehe

      BalasPadam
    8. Well, dari pemerhatian saya pula, tak semestinya. Ok, saya tak nafikan ada blogger-blogger yang top dan banyak pengikut itu banyak yang cantik, tapi pada masa yang sama, selain entri yang menarik, gaya penulisan juga antara faktor yang menarik perhatian ramai. Bagi aku bro, entri yang ada isi yang bagus itu tak semestinya mengundang orang untuk membaca, sebab masih juga terpulang dengan cara kau mengolahnya. Sebab itu banyak sangat blog yang bagi aku amat informatif tapi aku tak baca sebab ianya diolah terlalu skema, with less originality. Selain itu, ada juga blog yang banyak sangat join peraduan sampai berbulan bulan tiada entri yang ditulis berdasarkan hasil pemikiran sendiri dan jugak ada yang main plagiat je hasil tulisan orang lain. Kalau blog macam itu, memang tak lah aku nak baca. Sebab apa guna baca peraduan, bukan begitu? Entri plagiat apatah lagi.

      PS : Banyak gak aku stumble upon blog orang yang cantik tapi followers memang tak ramai. Inilah yang dinamakan rezeki.

      BalasPadam
    9. Sy memilih entry... Bukan rupa..

      BalasPadam
    10. setuju....kalau ada rupa tu kira bonus la...tapi kalau entri berkualiti. dia akan jd pakar rujukan umum

      BalasPadam

    Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

    Blogger Malaysia