• Breaking News

    14 Januari 2015

    Tak sempat update blog!

    Huhuhu. Betul-betul tak sempat update blog harini. Semua sebab preparation untuk audit esok hari. Mulanya, dah siapkan document yang engineer aku mintak. Punya la bersemangat buat. last-last baru tahu yang data tu salah! Weh, esok audit kot??

    Pagi tadi, waktu briefing, team leader kongsikan perihal data baru yang diperlukan untuk audit nanti. Dalam kepala aku dah pusing-pusing dah, macamana aku nak siapkan semua data tu, dalam waktu bekerja. 8 jam untuk siapkan data yang aku biasa buat berbulan-bulan ( Termasuk keje mengulau, itu yang jadi berbulan-bulan). Apa betulkah perkara ini sedang terjadi??

    Tapi yang mengherankan rakan-rakan adalah, aku masih sempat update blog walaupun masa untuk siapkan data audit sangat singkat. Jadi, logikkah reason aku bila aku cakap aku tak sempat update blog tadi? Confius sekejap. Hmm.

    Kalau kerja terkejar-kejar camni, confirm meja kerja akan jadi huru hara. Data berselerak, tak tau mana nak sign dulu. Kalau tersalah print, masukkan ajer kertas tu dalam mesin shredder. Terfikir jugak waktu shredder kertas-kertas tu, yelah dah berapa banyak pokok kena tebang untuk hasilkan kertas, aku boleh suka-suka buang. Ish, tak elok sungguh perangai.

    Selamat ada blog, boleh aku luahkan perasaan kat sini. Walaupun awal tadi cakap tak sempat update blog. Hahahahaha. Curi-curi masa sebenarnya, nak update ni, sekurang-kurangnya, ada juga aku update blog. Kan? Takda la sunyi je blog aku ni.

    Argh!! Aku kembali tension, sebab banyak lagi data belum siap. Balik lambat la aku malam ni, huhuhuhu. Kesian anak ayah tunggu kat rumah nak main lari-lari. Sabar anakku, ayahmu sedang mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Ayah janji, sebelum ayah cecah umur 40tahun, ayah dah berhenti kerja dan luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak ayah. <-- Dah kenapa pulak ayat aku camni kan?

    Fuh lega! Dapat jugak aku update blog. Hahahaha. Tak sempat update blog konon. Ok, sudah, aku nak sambung siapkan kerja. Dah bercawan-cawan nescafe aku minum, air cond pulak sejuk. Hish! Ke tandas la kita.

    3 ulasan:

    1. sempatkan untuk luahkan perasaan kejap kan..

      BalasPadam
    2. Hahahahha. Sempat je. Curi-curi masa. Omputih cakap, time management. Hehehehe

      BalasPadam

    Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

    Blogger Malaysia