Sakit badan lepas workout@bersenam di gym? - ceritaejoy

Sakit badan lepas workout@bersenam di gym?

3:08 PTG

Aku sebenarnya suka kalau lepas habis workout di gym, badan aku sakit-sakit. Hahahahha. Sebabnya aku rasa puas. Katakan malamnya aku workout untuk otot tricep, esok paginya, otot-otot kat bahagian tu sakit, memang best! Sebab, pada aku, latihan aku semalam betul dan benar-benar fokus pada otot yang aku nak. Orang cakap normal la sakit badan lepas workout ni.

Tapi apa kesannya pada seseorang tu? Kesannya adalah, sangat sukar untuk melakukan kerja! Huhuhu, nak angkat fon pun sakit. Selamatlah kerja aku ni menaip jer, kalau la aku ni memasang ke, memeriksa ke, mau kejang jugak tangan aku nih! Kan?

Ada juga tanya aku, kenapa yer lepas workout, badan mesti sakit. Aku jawab, otot pecah, lepas tu otot baru timbul, yang akan membuatkan otot kita jadi besar. Persoalannya, betul ke? Hahahahha. Daripada aku main cakap je kat orang, aku pun search la, apakah yang menyebabkan sakit badan lepas workout dan adakah ia normal atau boleh mendatangkan mudarat. Terima kasih pada blog : http://diarisikurus.blogspot.com/ kerana menerangkan lebih lanjut perihal perkara ni. Ini antara ilmu yang aku dapat daripada blog ni.

Punca sakit badan lepas workout:

Kenapakah ia berlaku:

Ianya dipercayai akibat koyakan kecil dan sangat halus (mikroskopik) pada otot kita. Koyakan itu akan diperbaiki oleh sistem tubuh kita dan apabila kita sudah sembuh, otot kita akan semakin kuat dan besar.




Apakah ianya bermanfaat:


Sebenarnya DOMS atau sakit badan selepas bersenam ini bermanfaat kerana otot kita akan mengalami adaptasi dan akan bertambah kuat. Jangan jadikan alasan sakit badan ini sebagai sebab untuk tidak meneruskan senaman, kerana manfaatnya sangat besar.


Apa beza sakit badan dan kekejangan atau kecederaan yang lain.

Biasanya kekejangan, kecederaan ligamen putus urat, patah tulang; sakit yang datang adalah SEWAKTU senaman berlaku, ianya akibat dari postur atau teknik senaman yang salah.


Adakah warm up dapat mengurangkan sakit badan

Warm up dapat mengelakkan risiko kecederaan. Tetapi DOMS atau sakit badan selepas bersenam tidak dapat dielakkan, kecuali kita buat senaman yang tidak meletihkan, tidak lapar dan dahaga iaitu senaman mulut (mengumpat).


Sumber : http://diarisikurus.blogspot.com/

You Might Also Like

3 comments

  1. selalunya kan, kalau badan sakit2 lepas gym ni, i tk stop. teruskn, sbb kalau stop lagi bertambah sakit. so kne consisten.
    Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    BalasPadam
  2. paha saya terasa sangat sakit selepas melakukan squat.. malam tu saya lakukan squat lepas esok pagi nak berdiri, tetiba je saya rasa nak jatuh sebab paha terlalu sakit

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email