Saguhati atau rasuah? - ceritaejoy

Saguhati atau rasuah?

5:48 PTG

Ada kes, yang tidak dilaporkan, tetapi berlaku di tempat kerja aku. Kes yang mana, supplier memberi sejumlah wang kepada pekerja, yang kononnya sebagai hadiah kerana  memberi mereka "job" di tempat aku kerja sekarang.

Ada bahagian yang memerlukan equipment untuk melakukan kerja. Dan ada yang berharga melebihi jutaan ringgit.

Bila equipment member memberikan job kepada supplier ini, mereka juga berharap ada sedikit imbuhan yang akan mereka dapat.

Persoalan nya, adakah ianya hadiah saguhati atau rasuah?

Bayangkan, mereka boleh dapat sampai belas ribu sebab bagi job yang harga juta-juta kat supplier. Dan supplier cakap, wang itu sebagai hadiah. Kalau hadiah, kenapa mereka mengharapkan job seterusnya?

Ini bermakna, mereka mengharapkan balasan di atas apa yang mereka sudah beri. Yang dapat pulak, gunakan duit tu, beli makan anak-anak, kasi bini makan. Ish. Tau ke dari mana dapat duit tu?

Kalau korang, Korang ambil atau tidak?

Ikhlas dari hati aku, aku takkan ambil, sebab, alhamdulilah, aku sudah punya semuanya. Alhamdulilah. Takut nanti, Allah bagi peluang camtu kat aku, kemudian dia ambil sikit-sikit. Ish. Takut woo.

You Might Also Like

2 comments

  1. takut la jenis nk kaya cepat ni memang xkemana

    BalasPadam
  2. tak pasti hukumnya. tapi pandai2 la pikir baik buruk bila terjadi pada kita. peace!

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email