Mereka mampu berniaga. - Ceritaejoy

Header Ads

Mereka mampu berniaga.

Heran aku bila tengok cara mereka berniaga. Kadang bahasa yang mereka guna, langsung tak betul, macam anak kecil baru belajar nak bercakap, tapi mereka boleh menjalankan urus niaga dengan baik dan yang penting berjaya!

Apa rahsianya? Apa yang membuatkan mereka mampu berniaga walaupun dalam keadaan ayam dengan itik? Yelah, bunyi kan lain-lain. Hahahahaha.

Aku tercari-cari juga, apa yang buat mereka berjaya. Biasanya, orang akan cakap, tengok pada kerja yang terhasil. Itulah penyebab kenapa mereka selalu terpilih.

Apa betul ke? Atau ada habuan sampingan yang terhasil? Biasala kan orang kita, mesti ada fikir yang bukan-bukan punya. Letak duit dalam sampul, semua benda settle.

Owh! Berdosakah aku kerana berprasangka buruk? Itu dah kira fitnah kan? Tapi itulah jawapan yang aku terima.

Persoalannya sekarang adalah, kenapa mereka mampu menjalankan perniagaan dengan baik walaupun terbatas dalam perbualan?


1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com