Manusia dan hasad dengki. - ceritaejoy

Manusia dan hasad dengki.

12:26 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hmm, tak tau nak mulakan macamana. Ceritanya, seorang pekerja di dalam 1 department aku. Mulanya selalu MC tanpa sebarang sebab. Untuk setiap kes, jika seorang pekerja tidak hadir bekerja dalam masa 3 hari berturut-turut tanpa alasan, dia boleh di berhentikan kerja serta merta.

Budak ni rajin kerja. Aku pun tak tau kenapa dia buat camni. Bila aku selidik dengan kawan-kawan, baru aku tau kenapa.

Ceritanya, dia kena buatan kawan sekampung. Budak tu iri hati sebab dia beli motor baru. Dah kenapa dengan kau weh? Budak ni kerja, cari duit, padan la dapat beli motor, yang sakit hati dan buat orang ni bukan-bukan dah kenapa? Tau motor apa yang dia beli? Yang 150cc tu, apa tah, kalau 1000cc ok la jugak kan? ( Tak ok jugak sebenarnya, dosa besar tau kalau buat-buat tak elok gan orang ni).

Lepas kes tu, budak ni ada datang kerja, so, pada pandangan aku, dia dah elok la tu. Mungkin dia ada dapatkan rawatan islam. Alhamdulilah la kan.

Lepas tu, dalam minggu lepas, dia buat balik. Tak datang kerja. Ish, jadi balik ker? Kemudian, kerani kat tempat kerja aku ni, call la family dia untuk dapatkan kepastian.

Dah sudah, hilang ingatan pulak! Kerani aku cerita, nenek dia kasitau, dia hilang ingatan. Berkemungkinan, kena badi orang meninggal! Weh! Dah kenapa??

Manusia kan, bukan kita tau apa perasaan orang kat kita. Kadang baik, dalam hati penuh dendam. Lepas tu, buat macam-macam, asalkan hati mereka puas.

Azab Allah, tak termampu weh nak terima. Hukuman dosa besar ni, tak terfikir dek fikiran manusia. Tak Allah balas kat dunia, pasti terbalas kat akhirat. Itu mesti!

Moga aku dan keluarga aku di jauhkan dari perkara semacam ni. Amin.





You Might Also Like

4 comments

  1. astaghfirullah..sampai hati orang yang buat dia jadi macam tu..

    BalasPadam
  2. phd di mana-mana... manusia memang sangat pakar dalam bidang ini...

    BalasPadam
  3. belum beli ferari lagi...agaknya entah apa jadi kalau beli ferari...ermmm ermmm

    BalasPadam
  4. Ha, itulah, manusia kan. Kerja malas, lepas tu, bila orang yang rajin berusaha ni dapat sesuatu, dia sakit hati. Hish!

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email